Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendidikan anak, pekerjaan jadi keprihatinan

Proses mengumpulkan maklum balas warga bagi Belanjawan 2017 bermula minggu lalu dan akan berlangsung sehingga bulan depan. Apakah keprihatinan utama warga Singapura? NORMAN SAWI (normans@sph.com.sg) melaporkan.
Dec 12, 2016 | 05:30 AM



SEPERTI ibu bapa lain, kesejahteraan dan pendidikan anaknya diutamakan oleh Encik Mohamed Fadli Mohd Razak.



Dengan tanggungannya bakal bertambah tidak lama lagi - Encik Fadli mempunyai tiga anak berusia antara satu dengan enam tahun, dengan seorang lagi anak dalam kandungan - beliau mengharapkan sokongan tambahan daripada pemerintah tahun depan.



Anak sulungnya Putri Aleeya Natasya, enam tahun, melangkah ke sekolah rendah, sementara isterinya Cik Siti Aysah Ab Jalil, 31 tahun, bakal melahirkan anak keempat sekitar Mac.



"Makan pakai keluarga kami memadai, tetapi saya jangka keadaan kewangan kami lebih sempit tahun depan, dengan perbelanjaan yang bertambah," ujar Encik Fadli, yang bekerja sebagai teknisyen. Cik Siti Aysah tidak bekerja kerana perlu menjaga anak-anaknya di rumah



Encik Fadli pernah menerima bantuan Angkatan Karyawan Islam (AMP) untuk membayar bil dan semasa musim perayaan. Yuran bas sekolah bulanan anaknya turut ditampung.



"Moga saya layak mendapatkan bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan tahun depan," ujar Encik Fadli.



Harapan yang diluahkan Encik Fadli ini sebahagian maklum balas yang dikongsi beberapa warga Singapura yang dihubungi akhbar ini menjelang Belanjawan 2017 - yang dijadual dibentangkan di Parlimen Februari ini.



Selain hal pendidikan dan kewangan, isu latihan semula pekerja dan pekerjaan juga ditimbulkan, menggambarkan keprihatinan warga, berlatar iklim ekonomi muram dan yang sedang melalui proses penstrukturan semula.



Selain bantuan kewangan tambahan bagi keluarga muda, ibu dua anak berusia tiga tahun dengan lapan bulan, Cik Nurul Jannah Muhammad Ismaeil, 31 tahun, berharap belanjawan mendatang ini akan memuatkan sokongan tambahan bagi ibu bekerja, seperti tempat tajaka yang bertambah, dan di estet perumahan belum matang yang dihuni ramai keluarga muda.



"Mungkin, selain bantuan one-off atau sekali sahaja, ada juga bantuan yang memperkukuh prasarana sokongan bagi golongan ibu yang bekerja," ujar Cik Nurul Jannah, yang bertugas sebagai pegawai perhubungan korporat.



Belanjawan Singapura dalam tempoh lima tahun lalu berteras dasar yang bertujuan mengukuhkan masyarakat, merangkumi sokongan khusus bagi golongan yang memerlukan seperti keluarga berpendapatan rendah, kanak-kanak, warga emas dan golongan kurang upaya.



Selain inisiatif kewangan seperti geran $3,000 First Step melalui Akaun Pembangunan Anak (CDA), skim Ihsan Senja pula menokok pendapatan 30 peratus warga emas - sekitar 140,000 warga - yang berpendapatan paling rendah.



Dari segi ekonomi, belanjawan Singapura sejak 2010 selaras dengan dasar pemerintah menyokong pekerja dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) dalam hal latihan dan tenaga kerja, sebagai persiapan menangani cabaran ekonomi masa depan.



Seorang pekerja pertengahan usia yang sedang memanfaatkan sokongan kewangan pemerintah bagi menjalani latihan kerja ialah Encik Ridwan Razak, 55 tahun.



Sejak diserang penyakit tulang belakang dan dilepaskan oleh majikannya pada 2015, bekas penyelia itu telah menggunakan Kredit SkillsFuture dan subsidi Mendaki bagi membiayai yuran kursus pengurusan pekerja dan kepimpinan di Mendaki Sense.



"Tanpa sokongan kewangan... adalah lebih berat bagi saya memburu pensijilan tambahan ini," ujar Encik Ridwan, yang berharap dapat mengikuti kursus lanjutan selepas menamatkan kursus ini minggu depan.



Beliau kini tidak bekerja tetap, tetapi berharap menjadi jurulatih bebas - bagi melatih pekerja bidang logistik - di masa depan.



"Dalam keadaan ekonomi sebegini, setiap sokongan bagi pekerja adalah penting, supaya kami kekal relevan dengan keperluan yang berubah," katanya.



Grafik: Laluan ke Belanjawan 2017




DI MANA BERI MAKLUM BALAS?



HARI INI



- 9 pagi hingga 2.30 petang



Ang Mo Kio Centra Stage



- 8 pagi hingga 12 tengah hari



Kawasan awam di Blk 440, Pasir Ris Drive 4



- 9 pagi hingga 12 tengah hari



Marine Parade Central Promenade



AHAD 18 DISEMBER



- 11 pagi hingga 2 petang



Festive Plaza, Our Tampines Hub, 25 Tampines Street 82.



KHAMIS 22 DISEMBER 2016



- 5 petang hingga 7 malam



Chevron House, 30 Raffles Place



JUMAAT 23 DISEMBER 2016



- 11 pagi hingga 2 petang



Chevron House, 30 Raffles Place



AHAD 8 JANUARI



- 7.30 hingga 11 pagi



Pusat Penjaja Makanan di Blk 681, Hougang Avenue 8



- 7.30 hingga 11 pagi



Pasar Bendemeer, 29 Bendemeer Road




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >