Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendidikan kesihatan siber di sekolah papar senario kehidupan sebenar: Xueling

Jan 19, 2022 | 05:30 AM



PELAJARAN kesihatan siber bagi pelajar menengah di bawah kurikulum baharu akan disusun dalam senario kehidupan sebenar untuk membantu pelajar mengenali dan bertindak balas terhadap kandungan yang tidak sesuai dan menyakitkan hati.



Demikian menurut Menteri Negara Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga, Cik Sun Xueling, semalam.



Semasa lawatan ke Sekolah Menengah Compassvale untuk meninjau sebuah kelas seperti itu, Cik Sun berkata bahawa pelajar hari ini menghadapi pelbagai ancaman dan risiko siber seperti buli dalam siber, ketagihan permainan, berita palsu dan penipuan.



"Melalui pelajaran kami, guru-guru menggunakan contoh kehidupan sebenar, menggunakan video dan tangkapan skrin untuk menunjukkan kepada pelajar kita bahawa ini menjadi sebahagian daripada bahan yang mereka pernah temui," kata Cik Sun kepada media.



Beliau menambah bahawa penting bagi pelajar untuk memproses emosi dan perasaan mereka, dan tahu bahawa budaya sokongan rakan sebaya tersedia di sekolah. Mereka boleh berkongsi tentang situasi yang dihadapi mereka.



Mereka juga boleh bercakap dengan orang dewasa yang dipercayai jika mereka memerlukan bantuan lanjut seperti kaunseling, atau membuat susulan dengan ibu bapa mereka.



Sejak awal 2022, pelajar menengah atas di Singapura telah diajar kurikulum Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) baharu bagi menangani isu kesihatan siber.



Diumumkan di Parlimen pada 2021, kurikulum baharu itu akan menghabiskan sekitar 50 peratus lebih masa untuk membincangkan isu kesejahteraan siber dengan pelajar.



Pada Mac 2021, Menteri Pendidikan ketika itu, Encik Ong Ye Kung, berkata kurikulum CCE yang diperbaharui terhasil daripada semakan yang bermula pada 2016.



Kurikulum itu mula diperkenalkan kepada pelajar menengah rendah pada 2021 sebelum diperluaskan kepada pelajar menengah atas tahun ini.



Semasa kelas CCE di Sekolah Menengah Compassvale semalam, pelajar menengah empat diminta memilih cara mereka akan bertindak terhadap catatan media sosial seorang yang berpengaruh di Singapura.



Guru kanan, Cik Wan Fazithahariani yang mengajar Bahasa Inggeris dan mengendalikan kelas itu berkata berbanding lima tahun lalu, pelajar kini menghadapi lebih banyak tekanan dalam talian.



Oleh itu, penekanan terhadap kesihatan siber serta kesihatan mental akan membantu mereka menghadapi cabaran ini.



Guru berusia 49 tahun itu berkata sesetengah pelajar mungkin tidak pasti tentang cara menangani komen yang menyakitkan hati dan mungkin tertekan untuk tidak melakukan perkara yang betul. Dengan itu, pelajaran sebegini akan membantu memberi mereka strategi menguruskan kesejahteraan mental mereka.



Antara yang menghadiri kelas CCE itu ialah pelajar menengah empat, Nagarajan Gautham Karthik. Dia terkejut apabila mendapati bahawa walaupun seseorang itu memilih untuk membuat komen neutral dan bukannya menimbulkan kebencian, reaksi negatif masih boleh timbul.



"Pelajaran terbesar saya ialah cara menangani komen negatif dalam talian. Jika saya dan rakan-rakan saya ternampak komen-komen itu, saya akan cuba memberikan respons rasional," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >