Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendidikan seks? Tidak perlu malu...

Jan 24, 2022 | 05:30 AM



SETIAP kali muncul babak yang melibatkan hubungan intim ketika mereka sekeluarga sedang menonton televisyen, Cik Nurashikin Rahmat, 41 tahun, tidak akan cuba mengelak hal tersebut.



Sebaliknya, ibu empat anak itu memandang detik-detik itu sebagai peluang mendidik anak-anaknya dan menerapkan nilai moral yang betul dalam diri mereka.



Baginya, maklumat mengenai seks sudah tersebar luas dan sukar bagi ibu bapa melindungi anak mereka sepenuhnya daripada unsur sebegitu.



Justeru, dalam era ini, ibu bapa perlu bersifat terbuka dan berbincang bersama anak mereka mengenai pendidikan seks.



"Pendidikan seks itu penting dan penting juga sebagai ibu bapa, kita tahu apa yang dirasakan anak kita tentang isu berhubungan topik seks.



"Sekiranya anak-anak rasa sesuatu itu baik sedangkan perkara itu tidak betul, dari situlah saya akan campur tangan," ujarnya yang mempunyai anak berusia antara 12 tahun dengan 17 tahun itu.



Menurut Cik Nurashikin, beliau dan suaminya, Encik Mohd Harisman Ismail, 44 tahun, sama-sama berganding bahu menyampaikan pendidikan seks kepada anak mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >