Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Sokongan bagi kanak-kanak dari keluarga susah diperkukuh

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PENDIDIKAN

Sokongan bagi kanak-kanak dari keluarga susah diperkukuh

Dec 27, 2020 | 05:30 AM

SOKONGAN bagi kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah dan rentan akan diperkukuh, dengan peningkatan kerjasama antara program Peningkatan Pelajar dalam Kehidupan dan Memberi Inspirasi kepada Keluarga (Uplift) dengan M Kuasa Tiga (M³)@Bandar.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, berkata program Uplift telah dirintis di kawasan Woodlands, Kreta Ayer dan Boon Lay di mana terdapat ramai keluarga berpendapatan rendah termasuk keluarga Melayu, dan M³@Bandar yang ada di lokasi itu akan membolehkan sokongan dihulurkan dengan lebih baik.

"Uplift bertujuan menyediakan sokongan awal menyeluruh kepada kanak-kanak berpendapatan rendah dalam keluarga rentan.

"Hari ini kami akan mengukuhkan juga perhubungan antara Uplift dengan M³@Bandar yang sudah pun ada di tiga kawasan perintis ini.

"Kami berharap dapat membawa sumber sukarela dalam M³ untuk menjangkau ke keluarga berpendapatan rendah dalam Uplift supaya kami dapat menyokong mereka dengan lebih baik," kata Dr Maliki.

Beliau menambah, M³ turut bekerja rapat dengan program KidSTART untuk membantu kanak-kanak di usia prasekolah untuk mendapat akses ke pendidikan awal kanak-kanak.

Antara lain, keluarga berpendapatan rendah dengan pendapatan isi rumah kurang $3,000 dengan ibu bekerja dapat memanfaatkan subsidi dan membayar yuran penjagaan kanak-kanak serendah $3.

Sementara itu, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki, berkata program seperti KelasMateMatika@CC atau KMM@CC telah menunjukkan peningkatan prestasi yang baik bagi kebanyakan kanak-kanak yang mengambil bahagian.

"Mereka yang telah menyertai program KMM kami telah menunjukkan bahawa 90 peratus daripada mereka yang selesai mengikuti KMM@CC tahun lalu tidak perlu menjalani program Sokongan Pembelajaran Matematik (LSM) dan dianggap bersedia bagi matematik darjah satu," kata Encik Zaqy.

KMM@CC bertujuan memperkasa ibu bapa yang mempunyai anak prasekolah berusia empat hingga enam tahun untuk membantu anak mereka menguasai kemahiran asas celik angka serta mempersiap mereka bagi darjah satu.

Jangkauan KMM@CC telah naik enam kali ganda sejak ia diperkenalkan pada 2018 ke 1,200 ibu bapa dan kanak-kanak prasekolah tahun lalu.

Program itu menyasarkan untuk menjangkau kepada 6,000 ibu bapa dan kanak-kanak prasekolah tahun depan.


"Hari ini kami akan mengukuhkan juga perhubungan antara Uplift dengan M³@Bandar yang sudah pun ada di tiga kawasan perintis ini.
"Kami berharap dapat membawa sumber sukarela dalam M³ untuk menjangkau ke keluarga berpendapatan rendah dalam Uplift supaya kami dapat menyokong mereka dengan lebih baik.''

- Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3