Pendidikan tunjang kemajuan masyarakat, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

PANDANGAN

Pendidikan tunjang kemajuan masyarakat

Jul 31, 2018 | 05:30 AM

BARU-BARU ini isu pendidikan agak hangat didebatkan di parlimen.

Banyak perkara dibangkitkan dalam perbahasan tersebut.

Daripada perdebatan itu, jelas perihal pendidikan penting dan amat dekat di hati para pemimpin dan warga Singapura.

Sememangnya, bagi Singapura, pendidikan merupakan tunjang kemajuan negara dan tidak seharusnya dipandang remeh. Maka itu, selayaknya isu-isu berkaitan pendidikan diberi perhatian sewajarnya.

Namun daripada perdebatan yang menarik kali ini, saya ingin menekankan dua hal penting bagi masyarakat Melayu kita khususnya.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

AMALAN MERITOKRASI NEGARA

Pertama, tentang isu meritokrasi di Singapura. Secara dasar, kita perlu percaya bahawa pemerintah Singapura komited mengamalkan sistem meritokrasi dalam segenap aspek kehidupan. Sebagai sebuah negara yang berhadapan dengan pelbagai cabaran, sistem meritokrasi yang kita amalkan memastikan bahawa kita dapat terus bersaing dalam arus globalisasi yang semakin kompleks.

Namun, seperti apa yang telah dinyatakan di Parlimen, masanya telah tiba bagi kita menilai dan menyemak semula erti dan nilai meritokrasi yang sewajarnya kita pegang.

Banyak manfaat yang telah diraih daripada sistem meritokrasi yang ada. Misalnya, dengan mengamalkan sistem meritokrasi, negara ini dapat memastikan nasib setiap golongan masyarakat terbela.

PELUANG DALAM PENDIDIKAN

Dalam pendidikan contohnya, melalui amalan sistem meritokrasi, golongan yang kurang bernasib baik tidak ketinggalan asal sahaja mereka sedia dibantu dan gigih mempertingkatkan diri dengan merebut peluang-peluang yang disediakan. Sistem pendidikan di Singapura telah dan akan ditambah baik dari masa ke masa.

Hari ini kita berbangga dapat menyaksikan peluang sama rata yang disediakan bagi pelajar kita tanpa mengira latar belakang ekonomi sosial. Sistem pendidikan kita juga berupaya mengenal pasti bakat dan minat pelajar dan cuba sedaya upaya menyalurkan pelajar ke bidang-bidang yang sesuai dengan bakat dan minat tersebut.

PERANAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK

Kedua, penting bagi masyarakat Melayu terus bersaing dan berjaya dalam arus perubahan yang kian mencabar. Kita perlu menitikberatkan pendidikan dengan menanamkan rasa cinta akan ilmu pengetahuan sejak di peringkat awal lagi. Ibu bapa tidak harus menyerahkan hal tersebut bulat-bulat kepada pihak sekolah sahaja.

Sebaliknya, ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam pembangunan anak-anak mereka dengan mengambil tahu fasa-fasa penting yang dilalui sepanjang perjalanan pendidikan anak-anak dan memberikan sokongan yang terbaik.

Selain menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif di rumah, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan terus melibatkan diri dalam pencarian ilmu atau belajar kemahiran-kemahiran baharu.

Apabila ibu bapa lebih melibatkan diri dan menitikberatkan hal-hal pendidikan, anak-anak akan terasa lebih teruja untuk melakukan yang terbaik dalam pendidikan.

Sikap cinta akan ilmu ini akan meraih manfaat yang tidak terhingga pada jangka masa yang panjang.

TINGKATKAN USAHA DAN KECEMERLANGAN

Walaupun saya amat gembira dengan pencapaian masyarakat Melayu kita sejauh ini, kita tidak boleh berpeluk tubuh dan berasa puas dengan prestasi pendidikan yang telah dicapai.

Kita mampu dan harus meningkatkan usaha kita agar masyarakat kita dapat melangkah lebih jauh lagi.

Saya percaya melalui anjakan minda yang positif serta usaha yang lebih gigih, masyarakat Melayu kita mampu memecahkan rekod dan mencipta sejarah baharu yang boleh dibanggakan.

  • Penulis adalah Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga).

"Penting bagi masyarakat Melayu terus bersaing dan berjaya dalam arus perubahan yang kian mencabar. Kita perlu menitikberatkan pendidikan dengan menanamkan rasa cinta akan ilmu pengetahuan sejak di peringkat awal lagi. Ibu bapa tidak harus menyerahkan hal tersebut bulat-bulat kepada pihak sekolah sahaja. Sebaliknya, ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam pembangunan anak-anak mereka dengan mengambil tahu fasa-fasa penting yang dilalui sepanjang perjalanan pendidikan anak-anak dan memberikan sokongan yang terbaik."
- Profesor Madya Faishal Ibrahim.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map