Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendigitalan antara keprihatinan asatizah dalam dialog anjuran BH

Dec 02, 2020 | 05:30 AM



PELBAGAI isu, terutama berkaitan pendigitalan di tengah-tengah kekurangan kemahiran dalam teknologi maklumat, merupakan antara keprihatinan yang disuarakan oleh asatizah dalam satu dialog anjuran Berita Harian.



Dialog tersebut, yang disertai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed, membincangkan berbagai isu dan cabaran yang dihadapi asatizah di sini.



Sekitar 12 asatizah mengambil bahagian dalam dialog itu, yang dihos oleh editor naskhah Berita Harian, Encik Suhaimi Mohsen.



Asatizah yang mengambil bahagian adalah daripada pihak masjid, sektor swasta, madrasah dan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).



Antara mereka ialah Ustazah Azeemah Mustafa daripada Masjid Yusof Ishak, Ustaz Muhammad Syafiee Mohamed Hassan daripada Masjid Al-Amin, Ustaz Dr Qusairy Thaha daripada Darul Quran Singapura, Ustaz Abu Bakar Sidik Hassan daripada Madrasah AI-Arabiah, dan Ustaz Muhammad Hasan Masnin daripada Pergas.



Isu lain yang disentuh dalam dialog sekitar dua jam itu termasuk berkaitan ajaran sesat dan pentingnya peranan asatizah, terutama dalam dunia hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >