PARLIMEN
Pendingin udara bangunan, kediaman antara penyumbang pemanasan global
Nov 05, 2019 | 05:30 AM
PEMANASAN global mungkin menyebabkan suhu semakin meningkat, tetapi menghidupkan alat pendingin udara untuk menangani cuaca panas sebenarnya boleh membuat keadaan lebih teruk.
Pelepasan daripada kegiatan menyejukkan bangunan dan rumah membentuk sebahagian besar pelepasan sektor ini, kata Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air) Amy Khor di Parlimen semalam.