Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:26
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

Isu perubahan iklim: S'pura, negara jiran Asia Tenggara akan kerjasama

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Isu perubahan iklim: S'pura, negara jiran Asia Tenggara akan kerjasama

Nov 18, 2017 | 05:30 AM

SINGAPURA akan bekerjasama dengan negara jiran di Asia Tenggara bagi mengemukakan strategi mengurangkan kesan perubahan iklim setelah mengambil alih peranan sebagai pengerusi Asean tahun depan, menurut Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad di sidang perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bonn, Jerman, kelmarin.

Terdapat dua bidang tumpuan bagi kerjasama serantau itu - mengurangkan intensiti tenaga dan meningkatkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui.

Encik Masagos berkata Singapura akan bekerjasama dengan jiran-jirannya untuk memajukan Pelan Tindakan Asean bagi Kerjasama Tenaga 2016-2025.

Antara lain, rancangan tersebut bertujuan mengurangkan intensiti tenaga di rantau Asean sebanyak 20 peratus daripada tahap 2005 menjelang tahun 2020.

Ia juga bertujuan meningkatkan komponen tenaga yang boleh diperbaharui dalam campuran tenaga Asean kepada 23 peratus menjelang 2025.

Komitmen rantau ini menangani perubahan iklim didorong keadaan cuaca yang melampau.

Sebagai contoh, tahun 2016 merupakan tahun yang paling panas pernah dicatatkan, dan tahun ketiga berturut-turut cuaca mencatatkan rekod yang luar biasa.

Pelbagai bencana alam turut melanda dunia, dari kemarau di Afrika, banjir besar di Asia Selatan serta taufan dan siklon yang menlanda Caribbean, Asia Tenggara, Pasifik dan Amerika Utara.

"Kami turut bersimpati terhadap keluarga yang terjejas dan kami berharap kawasan-kawasan tersebut akan kembali normal secepat mungkin.

"Masyarakat global perlu bekerjasama dengan segera bagi membendung trend pemanasan," kata Encik Masagos ketika menyampaikan kenyataan nasional Singapura kepada penonton antarabangsa.

Singapura telah berjanji di bawah Perjanjian Paris 2015 untuk mengurangkan intensiti pelepasannya sebanyappk 36 peratus daripada paras 2005 menjelang 2030.

Singapura telah melaksanakan beberapa strategi bagi mencapai sasaran tersebut.

Ini termasuk penambahbaikan yang dibuat tahun ini kepada Akta Pemuliharaan Tenaga yang bertujuan mendorong pencemar besar agar lebih cekap menggunakan tenaga, dan merancang melaksanakan cukai karbon mulai 2019, kata Encik Masagos.

Singapura juga telah melabur wang ke dalam penyelidikan bagi inovasi yang dapat membantu negara membangun secara mampan.

Ia bergantung kepada tenaga suria dalam mengurangkan penggunaan gas asli, dan telah melabur dalam cara yang memanfaatkan tenaga suria dengan lebih baik.

Sebagai contoh, menggunakan sistem solar terapung.

Namun, Singapura ingin melangkah lebih jauh tahun depan dengan memacu mesej perubahan iklim bukan hanya di kalangan industri malah di kalangan rakyat.

Untuk melakukan perkara tersebut, Singapura akan menetapkan 2018 sebagai Tahun Tindakan Iklim.

"Kami ingin melakukan lebih banyak lagi bagi memupuk kesedaran mengenai perubahan iklim di kalangan rakyat dan memberi inspirasi kepada mereka supaya bertindak dan bekerjasama," katanya.

Semasa persidangan di Bonn itu, 20 negara dunia dan dua negeri dalam Amerika Syarikat menyertai satu persekutuan antarabangsa bagi menghalang penggunaan arang batu untuk penjanaan kuasa sebelum 2030.

Sejak menandatangani Perjanjian Paris yang bertujuan mengurangkan kebergantungan dunia kepada bahan bakar fosil, beberapa negara telah membuat rancangan nasional bagi mengeluarkan arang batu daripada campuran bekalan tenaga mereka.


Pendirian S'pura untuk perubahan iklim

Masagos buat kenyataan di sidang dunia

"Sejak tahun-tahun awal pembentukan negara, Singapura memberi penekanan yang ketara kepada pembangunan mampan. Hari ini, Singapura merupakan bandar paling mampan di Asia dan kedua di peringkat dunia, menurut Indeks Bandar Mampan 2016. Walau demikian, kami ingin melakukan lebih banyak untuk menanamkan kesedaran tentang perubahan iklim di kalangan rakyat dan merangsang mereka untuk bertindak secara bekerjasama."
- Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.


"Kami ingin melakukan lebih banyak lagi bagi memupuk kesedaran mengenai perubahan iklim di kalangan rakyat dan memberi inspirasi kepada mereka supaya bertindak dan bekerjasama.''
– Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, sewaktu berucap di sidang perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bonn, Jerman, kelmarin.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3