Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk 18 tahun ke atas ditawar vaksin Moderna tanpa tempahan

Aug 03, 2021 | 05:30 AM



MEREKA berusia 18 tahun dan ke atas kini boleh mendapatkan vaksin tanpa janji temu di 11 pusat vaksinasi masyarakat yang menawarkan vaksin Moderna, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Ini bermakna semua warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang berusia 18 tahun dan ke atas yang belum menerima dos pertama, boleh mendapatkan vaksinasi tanpa janji temu.



Ini di samping warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang telah dibolehkan menerima suntikan tanpa janji temu sejak pertengahan Julai.



Vaksin Moderna merupakan salah satu daripada dua vaksin di bawah program vaksinasi nasional. Satu lagi adalah vaksin Pfizer-BioNTech, satu-satunya yang diluluskan bagi mereka di bawah usia 18 tahun.



Sebelas pusat yang menawarkan vaksin Moderna terletak di kelab masyarakat Buona Vista, Hong Kah North, Kebun Baru, Kolam Ayer, Marsiling, Potong Pasir, Punggol 21, Radin Mas, Tampines East, Woodlands, dan Yew Tee.



Sehingga 31 Julai, MOH berkata seramai 61 peratus penduduk Singapura telah divaksin sepenuhnya dan sekitar 7.5 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan.



Kira-kira 4.3 juta individu telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin, di mana kira-kira 3.3 juta telah divaksin sepenuhnya.



Sejauh ini, 83 peratus mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau menempah janji temu mereka.



Secara keseluruhan, seramai 88 peratus mereka berusia 45 tahun hingga 59 tahun, 87 peratus mereka beusia 40 tahun hingga 44 tahun, dan 83 peratus mereka berusia 12 tahun hingga 39 tahun juga telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau menempah janji temu mereka.



MOH berkata dalam satu kenyataan bahawa vaksinasi merupakan kunci dalam perjuangan menentang Covid-19.



MOH menggesa semua yang layak untuk menerima vaksin agar mendapatkan suntikan mereka.



"Kemampuannya untuk membantu Singapura buka semula secara selamat hanya boleh dirasakan apabila kita secara kolektif boleh mencapai tahap tinggi penduduk yang menjalani vaksinasi," kata MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >