Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk 3 blok di AMK, Clementi perlu jalani ujian swab wajib

Jul 30, 2021 | 05:30 AM



PENDUDUK tinggal di tiga blok HDB di Ang Mo Kio dan Clementi menjalani ujian swab untuk Covid-19 semalam dan hari ini.



Blok yang terlibat ialah Blok 438 di Ang Mo Kio Avenue 10 dan Blok 430 serta 445A di Clementi Avenue 3, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan.



Sejauh ini, 10 kes jangkitan virus itu telah dikesan dari enam isi rumah di blok 438 Ang Mo Kio Avenue 10.



Ujian wajib telah dilakukan di kolong blok itu semalam dari 9 pagi hingga 4 petang.



Di Clementi Avenue 3, 10 kes jangkitan virus itu dikesan dari tujuh isi rumah dari blok 430 dan tiga kes positif dari tiga isi rumah dari blok 445A.



Ujian swab bagi penduduk di kededua blok dijalankan semalam dan hari ini di blok 430.



Ujian swab tersebut tidak wajib bagi sesiapa yang telah diuji negatif jangkitan Covid-19 dari 24 Julai.



Kebanyakan kes ini berkaitan dengan Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP), kata MOH.



Menurut kenyataan itu lagi, siasatan masih dijalankan.



Sesiapa yang telah berinteraksi dengan penduduk di blok yang terjejas sepanjang dua minggu ini dinasihatkan membuat janji temu di pusat pemeriksaan daerah untuk ujian swab secara sukarela.



Risalah akan diedarkan dan pemberitahuan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) telah dihantar kepada penduduk untuk memberi lebih maklumat, tambahnya.



Semua penduduk diingatkan agar membawa kad pengenalan mereka dan mematuhi slot janji temu yang diberikan.



Mereka juga disarankan agar memantau kesihatan mereka dengan teliti dan kurangkan interaksi sosial sebanyak mungkin.



Untuk ujian swab secara sukarela, sila ke laman go.gov.sg untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >