Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk 4 blok berdekatan Pasar Geylang Serai bakal jalani ujian wajib

Jul 22, 2021 | 04:54 PM



PENDUDUK yang menetap di empat blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Sims Avenue perlu menjalani ujian Covid-19 wajib selepas cebisan virus ditemui dalam contoh air buangan yang diperolehi dari blok berkenaan.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pada Khamis (22 Julai) bahawa ia sedang menyiasat kemungkinan wujudnya jangkitan Covid-19 di Blok 842, 844, 846 dan 848 Sims Avenue yang terletak berhampiran Pasar Geylang Serai.



Siasatan kini diteruskan bagi menentukan hubung kaitnya dan sumber jangkitan, tambah MOH.



Mereka yang telah menjalani ujian dan didapati negatif Covid-19 dari Sabtu lalu selanjutnya boleh memilih untuk melalui ujian ini ataupun tidak.



Ujian wajib akan dikendalikan di pavilion di 3 Geylang Serai mulai Khamis hingga Jumaat, antara 9 pagi dengan 4 petang.



"Seandainya kes positif Covid-19 dikesan, MOH akan mengasingkan kes ini, mengenal pasti semua kontak rapatnya, menguji dan kuarantin mereka agar dapat mengelakkan masyarakat daripada jangkitan lanjutan," tambah MOH lagi.



Pengunjung dan mereka yang mempunyai kontak dengan penduduk daripada blok ini antara 6 Julai hingga Selasa mungkin boleh tampil secara sukarela bagi ujian Covid-19 ini.



Ia akan membantu mengesan kes tanpa tanda jangkitan dalam masyarakat, jelas MOH.



"Kami menggalakkan individu ini agar tampil bagi ujian." tambah MOH.



Ujian sukarela akan dijalankan dengan janji temu di beberapa pusat pemeriksaan serantau dari Khamis hingga Sabtu dan di pavilion sekitar 3 Geylang Serai mulai Jumaat hingga Sabtu, antara 9 pagi hingga 4 petang.



Penduduk mesti membawa kad pengenalan mereka bagi tujuan mengenal pasti identiti mereka.



MOH berkata ia akan mengirim risalah dan pesanan SMS kepada penduduk yang terjejas bagi menyediakan kepada mereka lebih banyak maklumat.



"Bagi mereka yang masih menanti keputusan ujian dinasihati agar mengurangkan interaksi sosial seberapa banyak yang boleh. Mereka harus terus memantau kesihatan mereka dan mendapatkan rawatan perubatan segera jika mereka rasa sakit," jelas MOH.



Sesiapa yang ingin membuat janji temu atau memerlukan lebih banyak maklumat mengenai lokasi ujian gantian boleh hubungi talian 1800-333-9999.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >