Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk beri penghormatan kepada mendiang Lee di pusat masyarakat

Mar 24, 2015 | 12:22 PM



SEAWAL 10 pagi tadi orang ramai telah tiba di Tampines Community Plaza, satu daripada enam pusat khas yang disediakan untuk orang ramai memberi penghormatan kepada Perdana Menteri Pengasas, Encik Lee Kuan Yew.


Orang ramai beratur untuk menuliskan mesej ucap takziah dalam buku takziah yang disediakan serta meletakkan bunga sebagai tanda penghormatan dan kenangan bagi mendiang Encik Lee.


Anggota GRC Tampines, Encik Baey Yam Keng, turut memberikan penghormatannya.


"Saya dapat peluang pertama bekerja bersamanya di permulaan lima tahun pekerjaan saya.


"Saya memahami mengapa orang ramai hormati serta sayang padanya.


"Encik Lee memberi saya inspirasi sebagai ahli politik muda untuk teruskan melakukan yang terbaik untuk warga Singapura.


"Selain daripada usaha pemerintah, warga Singapura turut memainkan peranan untuk memajukan negara kita.


"Pemergian beliau mengingatkan kita akan sumbangannya kepada Singapura yang tidak putus-putus.


"Dengan keadaan yang semakin berubah, pemimpin harus tahu cara untuk menyesuaikan diri dengan lanskap politik hari ini," kata Encik Baey sambil mengesat air matanya.


Pusat khas itu akan dibuka untuk orang ramai menyampaikan penghormatan kepada mendiang Encik Lee sehingga Ahad ini selepas tamatnya upacara pembakaran mayat.


Sementara itu, orang ramai pula beratur seawal 7.30 pagi untuk menulis mesej kepada mendiang Encik Lee di sebuah pusat penghormatan masyarakat di Ang Mo Kio.


Menjelang 10.30 pagi lebih 1,000 penduduk telah menulis penghormatan dan mesej takziah kepada keluarga mendiang Encik Lee, lapor laman web akhbar The Straits Times.


Pusat itu mula beroperasi semalam apabila lebih 5,000 penduduk datang untuk meninggalkan mesej.


Pusat itu yang disediakan di sebuah kawasan dekat Ang Mo Kio Central Stage, bersebelahan Jubilee Entertainment Complex, merupakan salah satu daripada enam pusat masyarakat yang dibuka secara rasmi hari ini.


Cik Teng Poh Geok, 57 tahun yang merupakan seorang atendan kesihatan membawa bersamanya foto-foto mendiang Encik Lee.


Bapanya yang berusia 85 tahun pernah melakukan kerja-kerja kemasyarakatan sebagai pemimpin akar umbi bersama mendiang Encik Lee antara 1960an dengan 1990an.


Sambil melawan rasa sedihnya Cik Teng berkata beliau amat menghormati mendiang Encik Lee tetapi belum pernah dapat berinteraksi dengannya.


"Selama ini saya hanya dapat melihatnya daripada belakang, tapi saya tahu beliau seorang yang hebat menerusi cerita-cerita yang disampaikan bapa saya.


"Bapa saya berkata mendiang Encik Lee seorang yang tegas dan garang tapi beliau berbuat demikian hanya kerana apa yang difikirkannya betul, biar pun ada yang menentangnya," kata beliau.


Tapak masyarakat lain yang mulai dibuka hari ini termasuk Kelab Masyarakat Tanjong Pagar, kawasan terbuka pusat bandar Bedok, gelanggang berhadapan Stesen MRT Choa Chu Kang, Canopy @ J Link (bersebelahan Jcube dan Perpustakaan Jurong) dan Tampines Community Plaza (berhadapan Tampines One Mall).


Sebanyak 12 lagi tampak sedemikian termasuk di Hong Lim Park, Perpustakaan Masyarakat Toa Payoh Central, dan Kovan Hub akan dibuka esok.


Mereka akan mula beroperasi mulai 10 pagi hingga 8 malam sehingga Ahad ini (29 Mac) apabila upacara persemadian negara berlangsung.


Orang ramai juga telah menuju ke 25 perpustakaan awam yang menawarkan tempat memberi penghormatan serta pameran khas pencapaian kehidupan awam mendiang Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >