Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk blok Hougang perlu jalani ujian Covid-19 susuli pengesanan beberapa kes di situ; lelaki 70 tahun mati kerana virus

May 20, 2021 | 11:45 PM



SEMUA penduduk Blok 506, Hougang Avenue 8 perlu menjalani ujian Covid-19 selepas beberapa kes yang dikenal pasti melibatkan penduduk di situ.



Dalam kenyataannya pada Khamis (20 Mei), Kementerian Kesihatan (MOH) berkata operasi ujian wajib akan dijalankan di kolong blok ini pada Jumaat dan Sabtu. Risalah mengenai perkara ini telah diedarkan kepada penduduk. Satu pemberitahuan SMS juga telah dikirimkan kepada penduduk.



MOH juga menasihati penduduk yang menetap di blok itu agar mengawasi kesihatan mereka secara rapi dan bertemu doktor segera jika mereka tidak sihat.



Dalam pada itu, seorang lelaki 70 tahun juga meninggal kerana Covid-19 pada Khamis, menjadikan jumlah kes kematian di Singapura mencecah 32 orang.



Lelaki ini telah dirawat di Wad 9D, Hospital Tan Tock Seng pada 22 April dan disahkan menghidap koronavirus pada 30 April.



Beliau tidak menjalani vaksinasi dan mempunyai sejarah penyakit barah paru-paru dan pemfibrilan atrium atau degupan jantung tidak normal, cepat dan tidak menentu.



Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) telah menghubungi keluarganya dan sedang membantu mereka.



Sebanyak 27 kes Covid-19 baru dalam kalangan masyarakat dan 14 kes import dilaporkan pada Khamis. 



Keseluruhannya, sejak pandemik bermula tahun lalu, kes Covid-19 di sini mencecah 61,730 kes.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >