Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk blok Sumang Walk di Punggol akan lalui ujian Covid-19 selepas 8 kes dikesan

Jun 07, 2021 | 10:00 PM



PENDUDUK Blok 325A Sumang Walk di Punggol akan menjalani ujian Covid-19 wajib selepas lapan kes jangkitan dikenal pasti di tiga isi rumah berbeza blok tersebut. 



Dalam satu kenyataan pada Isnin malam (7 Jun), Kementerian Kesihatan (MOH) berkata ia akan mengendalikan ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) bagi semua penduduk demi mencegah sebarang penularan virus dalam masyarakat.



Ujian akan dikendalikan di pavilion Blok 324 Sumang Walk pada Selasa dan Rabu (8 Jun dan 9 Jun) antara 9 pagi dengan 4 petang.



Penduduk blok terbabit telah dimaklumkan menerusi risalah dan pemberitahuan SMS.



Pengunjung ke blok itu antara 10 Mei dengan 5 Jun juga digalakkan agar menjalani ujian.



Kes terkini di blok Punggol itu melibatkan gadis remaja 13 tahun yang merupakan pelajar Sekolah Perempuan Paya Lebar Methodist, sebagaimana didedahkan MOH pada Ahad.



Pelajar itu mengalami kehilangan deria menghidu pada 29 Mei dan tidak mendapatkan rawatan perubatan hingga 4 Jun di mana dia mengunjungi klinik doktor umum dan diuji positif Covid-19. Kesnya tiada kaitan dengan kes sebelum ini.



Kes awal daripada dua isi rumah berbeza: satu dengan empat kes dan satu lagi dengan tiga kes.



Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti hubung kaitnya dan sumber jangkitan, jelas MOH.



Seandainya kes positif Covid-19 dikesan dalam operasi ujian pada Selasa dan Rabu, MOH akan mengasingkan kes itu, mengenal pasti semua kontak rapatnya, menjalankan ujian dan mengenakan kuarantin kepada mereka bagi melindungi masyarakat daripada jangkitan lanjutan.



Mereka yang menanti hasil ujian PCR dinasihatkan agar mengurangkan interaksi sosial seberapa boleh.



Penduduk juga dinasihati agar mengawasi kesihatan mereka secara rapi dan mengunjungi doktor jika tidak sihat.



Pada Isnin malam, MOH juga memberi keterangan terkini mengenai ujian wajib ke atas 1,413 penduduk di Blok 506, Hougang Avenue 8 dan kakitangan yang bekerja di blok jiran sudah selesai dengan tiada kes Covid-19 dikenal pasti.



Sekumpulan lebih 3,500 penduduk yang menetap di blok kejiranan atau bertugas berhampiran Blok 506 atau mereka yang mengunjungi penduduk di situ telah diuji negatif Covid-19.



Seramai 3,778 orang telah tampil secara sukarela bagi ujian itu dengan 3,531 orang didapati negatif Covid-19 dengan 247 orang yang lain menanti keputusan ujian mereka.



Blok-blok kejiranan terdiri daripada Blok 511, Hougang Avenue 10; Blok 681, 683 dan 684 Hougang Avenue 8; Blok 682 Hougang Avenue 4; serta Blok 685 dan 698 Hougang Street 61.



Ujian swab wajib bagi kumpulan ini diadakan sejak Jumaat lalu selepas 13 kes yang berkaitan dengan kelompok di Blok 506 dikenal pasti.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >