Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk di 3 blok di Ang Mo Kio dan Clementi perlu jalani ujian Covid-19 wajib

Jul 28, 2021 | 11:15 PM



PENDUDUK di tiga blok Lembaga Perumahan di Ang Mo Kio dan Clementi perlu diuji bagi Covid-19 dalam masa dua hari akan datang setelah tanda-tanda penularan di kalangan isi rumah dikesan.


Blok yang dikenal pasti ialah 438 Ang Mo Kio Avenue 10 serta 430 dan 445A Clementi Avenue 3, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Rabu (28 Julai).


Sejauh ini, 10 kes jangkitan telah dikesan dalam enam isi rumah di 438 Ang Mo Kio Avenue 10.


Ujian mandatori akan dijalankan di kolong blok yang sama pada Khamis antara 9 pagi dengan 4 petang.


Di Clementi Avenue 3, 10 kes dikesan dalam tujuh isi rumah di Blok 430, dan tiga kes dalam tiga isi rumah di Blok 445A. Ujian untuk penduduk di kedua-dua blok itu akan dilakukan di Blok 430 pada Khamis dan Jumaat.


Ujian itu tidak diwajibkan ke atas mereka yang disahkan negatif Covid-19 dari 24 Julai, kata kementerian itu.


Kebanyakan kes itu berkait dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong, kata MOH, dan menambah siasatan sedang dijalankan.


Mereka yang telah berinteraksi dengan penduduk dari blok-blok yang terjejas dalam dua minggu kebelakangan juga boleh membuat janji temu di pusat pemeriksaan serantau khusus untuk menjalani ujian secara sukarela.


Risalah akan diedarkan dan pemberitahuan SMS telah dihantar kepada penduduk untuk memberi mereka lebih banyak maklumat, tambahnya.



Semua penduduk diingatkan agar membawa kad pengenalan mereka untuk tujuan pengenalan diri dan mematuhi masa janji temu mereka.


Mereka juga disarankan agar memantau kesihatan mereka dengan teliti dan mengurangkan interaksi sosial sebanyak mungkin, tambahnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >