PENDUDUK di kawasan kejiranan Fengshan, Sembawang West, Tampines North, Yio Chu Kang dan Yuhua, kini boleh mendapatkan sebuah kotak lipat bagi mengitar semula bahan yang boleh diguna semula sebagai sebahagian usaha Singapura memupuk sikap mesra alam dalam kalangan warganya.
Penduduk akan menerima risalah yang menjelaskan bagaimana mereka boleh mendapatkan kotak itu antara November dengan Disember ini yang tersedia menerusi 14 mesin layan diri di kelima-lima kawasan kejiranan tersebut.
Sebanyak 65,000 kotak biru bernama Bloobox itu disediakan bagi penduduk di kawasan berkenaan dalam satu usaha rintis sebelum penduduk kejiranan lain serata Singapura boleh mula mendapatkannya Mac tahun depan.
Daya usaha ini adalah sebahagian kempen Recycle Right kelolaan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sejak 2019 yang menggalak orang ramai agar lebih rajin mengitar semula secara kerap dan melakukannya dengan lebih bertanggungjawab.
Ia selaras usaha negara untuk mencapai kadar pengitaran sebanyak 70 peratus menjelang sedekad akan datang dan mengurangkan pengeluaran sisa kepada 20 peratus per kapita sehari menjelang 2026, menyusuli Pelan Induk Sisa Sifar dan Pelan Hijau Singapura 2030, kata NEA dalam satu kenyataan pada Sabtu (26 Nov).
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Penduduk di 5 kawasan boleh dapatkan kotak kitar semula dalam usaha tingkat mesra alam
Nov 26, 2022 | 06:51 PM