Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk di 5 kawasan S'pura boleh dapatkan kotak kitar semula

Nov 27, 2022 | 05:30 AM



PENDUDUK di kawasan kejiranan Fengshan, Sembawang West, Tampines North, Yio Chu Kang dan Yuhua, kini boleh mendapatkan sebuah kotak lipat bagi mengitar semula bahan yang boleh diguna semula sebagai sebahagian usaha Singapura memupuk sikap mesra alam dalam kalangan warganya.



Penduduk akan menerima risalah yang menjelaskan bagaimana mereka boleh mendapatkan kotak itu antara November dengan Disember ini yang tersedia menerusi 14 mesin layan diri di kelima-lima kawasan kejiranan tersebut.



Sebanyak 65,000 kotak biru bernama Bloobox itu disediakan bagi penduduk di kawasan berkenaan dalam satu usaha rintis sebelum penduduk kejiranan lain serata Singapura boleh mula mendapatkannya Mac tahun depan.



Daya usaha ini adalah sebahagian kempen Recycle Right kelolaan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sejak 2019 yang menggalak orang ramai agar lebih rajin mengitar semula secara kerap dan melakukannya dengan lebih bertanggungjawab.



Ia selaras usaha negara untuk mencapai kadar pengitaran sebanyak 70 peratus menjelang sedekad akan datang dan mengurangkan pengeluaran sisa kepada 20 peratus per kapita sehari menjelang 2026, menyusuli Pelan Induk Sisa Sifar dan Pelan Hijau Singapura 2030, kata NEA dalam satu kenyataan semalam.



Berkata kepada media dalam satu acara pelancaran di Kelab Masyarakat Yuhua pagi semalam, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, berkata:



"Kami fikirkan bahawa dengan meletakkan sebuah kotak sebegini dalam setiap rumah ia akan mengingatkan kami tentang kepentingan mengitar semula.



"Dan ini adalah sesuatu yang penting dalam usaha kami mencapai sebuah negara sisa sifar dan supaya kami dapat mengurangkan pembakaran sisa serta penggunaan kawasan pelupusan kami agar kami dapat memanjangkan hayat Pulau Semakau."



Setiap kotak lipat warna biru itu berupaya menampung sehingga 5 kilogram barang diperbuat bahan boleh dikitar seperti kertas, plastik, besi dan gelas atau sisa elektronik.



Ia juga dilengkapkan dengan arahan bagi membantu pengguna mengenal pasti bahan apa yang boleh dikitar serta bagaimana untuk membuang sisa tersebut dengan cara yang betul.



Terdapat juga sebuah pemisah mudah alih yang membolehkan pengguna mengasingkan sisa elektronik kecil daripada bahan lain dalam kotak itu.



Apabila kotak Bloobox itu penuh, pengguna boleh membuang kandungannya dalam saluran atau tong kitar semula atau tong sisa elektronik tertentu bagi barang seperti bol lampu dan bateri.



Penduduk Yuhua, Encik Fabian Tan, 47 tahun, berkata ini satu langkah ke hadapan demi menggalak orang ramai bersikap mesra alam.



"Saya berharap ia menggalak masyarakat kami lebih berdisiplin dan memupuk budaya mengitar semula kepada keluarga masing-masing," kata spesialis teknikal itu.



Acara semalam turut menyaksikan penduduk Yuhua bercucuk tanam di bawah inisiatif Yuhua Clean and Green 2022 dan seramai 100 orang menyertai sesi perbincangan Melakar Hala Tuju Singapura berkenaan usaha kemampanan masa depan negara.



Butiran lanjut berkenaan lokasi mesin layan diri untuk mendapatkan kotak itu disediakan di laman: gowhere.gov.sg/bloobox - HARITH MUSTAFFA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >