Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Penduduk dipindahkan selepas kebakaran di Ang Mo Kio Ave 6

Jul 05, 2019 | 06:49 PM

SATU kebakaran telah berlaku di Ang Mo Kio pada petang Jumaat (5 Julai), dengan asap kelihatan berkepul-kepul di atas flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berdekatan.

Dalam satu pos Facebook pada 4.42 petang, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata kebakaran itu berlaku di Blok 720 Ang Mo Kio Avenue 6.

SCDF kemudian berkata kebakaran itu melibatkan kandungan kedai-kedai di tingkat bawah blok itu dan api sedang memarak apabila pegawai tiba di tempat kejadian.

Empat jet air digunakan untuk mengawal kebakaran itu. Pihak polis pula telah memindahkan penduduk blok itu sebagai langkah keselamatan, kata SCDF lagi.
 

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map