Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk East Coast berpeluang pelajari teknologi baru menerusi festival digital

Dec 19, 2021 | 05:30 AM



PENDUDUK East Coast daripada pelbagai lapisan masyarakat telah berpeluang mempelajari kemahiran digital baru dalam satu festival digital yang diadakan buat julung-julung kalinya di kawasan itu.



Antara kegiatan yang dianjurkan termasuk program robotik untuk kanak-kanak; bengkel ibu bapa mengenai sumber pendidikan dalam talian untuk anak mereka; serta program yang membimbing warga emas untuk membeli-belah dalam talian.



Festival Digital East Coast itu diadakan di Heartbeat@Bedok dari kelmarin hingga hari ini.



Pelancaran Festival Digital East Coast semalam dihadiri Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan), Encik Tan Kiat How, menurut kenyataan Pejabat Pengurusan Heartbeat@Bedok.



Semasa berucap di acara itu, Encik Tan, yang juga Anggota Parlimen GRC East Coast, berkata program khas telah disajikan untuk pelbagai golongan.



Selain program untuk kanak-kanak, ibu bapa dan warga emas, terdapat juga program untuk golongan pekerja mendalami pengetahuan digital agar kekal relevan dalam pekerjaan mereka, serta program untuk membantu peniaga dan penjaja menggunakan wadah digital untuk meningkatkan perniagaan mereka.



"Saya berterima kasih kepada rakan kerja dan sukarelawan kami bagi kerja keras mereka dalam menjadikan teknologi digital mudah diakses semua orang," ujarnya.



Satu program baru yang dirintis di festival itu ialah program VIVISTOP mini@East Coast, yang memberi peluang kepada kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 15 tahun, untuk mencuba teknologi seperti robotik dan fabrikasi digital.



Menyusuli festival itu, program VIVISTOP mini@East Coast akan diadakan pada Sabtu kedua setiap bulan di Heartbeat@Bedok.



Penduduk East Coast juga akan terus memanfaatkan sumber dan peralatan digital, selain program baru itu.



SGTech, sebuah persatuan industri bagi syarikat teknologi di Singapura, telah menggembleng sumber daripada 46 syarikat untuk mendermakan 190 komputer riba terpakai dan mengumpul derma lebih $25,000.



Dalam beberapa bulan akan datang, sukarelawan juga akan membantu warga emas untuk mempelajari cara memanfaatkan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) menggunakan aplikasi RedeemSG.



Pemerintah mengumumkan sebelum ini bahawa setiap isi rumah akan menerima baucar dalam talian bernilai $100 yang boleh dibelanjakan di gerai dan pusat penjaja di estet perumahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >