Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TINJAUAN SAMPEL ISI RUMAH 2018 HDB

Penduduk flat HDB merosot kepada 3.04j; saiz isi rumah kian mengecil

Bilangan isi rumah terus bertambah; penghuni yang duduk sendiri turut tunjuk trend meningkat
Feb 11, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN penduduk Singapura yang tinggal di flat HDB telah merosot buat kali pertama sejak 2013, meskipun bilangan isi rumah HDB terus bertambah.



Namun, saiz purata isi rumah HDB kian mengecil, dengan bilangan penghuni yang duduk sendiri menunjukkan trend meningkat.



Sejumlah 3.04 juta penduduk di Singapura - atau sekitar 76 peratus penduduk di sini - tinggal di flat HDB pada 2018, berbanding 3.06 juta pada 2013.



Kumpulan penduduk ini merangkumi 1.01 juta isi rumah di Singapura pada 2018, 140,000 isi rumah lebih tinggi berbanding 0.87 juta pada 2008.



Dalam tempoh yang sama, penghuni yang tinggal sendirian bertambah - daripada 8.0 peratus kepada 11.9 peratus.



Trend ini selaras dengan perangkaan yang menunjukkan saiz purata isi rumah telah berkurangan, daripada 3.4 orang pada 2008 kepada 3.1 orang pada 2018, yang dikongsi oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam, menukil hasil tinjauannya yang terkini.



Tinjauan Sampel Isi Rumah (SHS) 2018 itu, yang diadakan setiap lima tahun sejak 1968, bertujuan mengumpul maklumat mengenai perumahan awam dan mengenal pasti keperluan dan jangkaan yang berubah penduduk, kata HDB dalam kenyataannya.



"Hasil SHS 2018 memberi pemahaman mendalam terhadap sentimen penduduk pada masa ini dan berperanan sebagai maklum balas penting untuk menyemak dasar dan membantu HDB mengenal pasti perkara yang boleh dipertingkat.



"Ini membolehkan HDB memahami dengan lebih baik dan mengikuti keperluan dan corak gaya hidup yang berubah dalam kalangan penghuni dari pelbagai demografik," kata HDB.



Meskipun saiz purata isi rumah telah berkurangan dan isi rumah penghuni yang duduk sendiri bertambah, HDB berkata kebanyakan isi rumah yang menetap di flat HDB adalah berasas keluarga.



Bilangan isi rumah sedemikian, namun, telah berkurangan daripada 90.9 peratus pada 2008 kepada 86.6 peratus pada 2018.



Menurut HDB, bilangan isi rumah yang bertambah dalam tempoh sedekad bermula 2008 pula mencerminkan penduduk Singapura yang kian menua dan dasar perumahan negara yang dilonggar untuk membenarkan pemohon bujang membeli flat dua bilik baru.



Bilangan penduduk berusia 65 tahun dan ke atas telah bertambah, daripada 9.8 peratus pada 2008 kepada 16.5 peratus pada 2018.



"Bilangan warga lebih berusia kian meningkat, melebihi setengah juta orang pada 2018," kata HDB.



Dalam pada itu, kadar kunjungan antara orang tua dengan anak-anak yang telah berumah tangga dan berpindah terus tinggi, menurut HDB.



Anak-anak yang tinggal lebih dekat dengan ibu bapa mereka juga lebih kerap mengunjungi ibu bapa mereka.



Sebanyak 81.2 peratus penghuni HDB yang berusia 54 tahun dan ke bawah yang telah berumah tangga mengunjungi orang tua mereka sekurang-kurangnya seminggu sekali, berbanding 63 peratus yang tinggal di tempat lain di Singapura



Golongan tersebut membentuk 22 peratus semua isi rumah HDB.



Pengerusi panel penasihat penyelidikan HDB Profesor Madya Tan Ern Ser berkata adalah penting bagi HDB ambil tahu dan mengikuti pilihan dan aspirasi perumahan penghuni supaya ia boleh terus menyediakan kediaman dan bandar lebih baik.



"Sebagai contoh, hasil tinjauan menunjukkan hubungan antara keluarga kekal kukuh dengan anak-anak kerap mengunjungai orang tua dan orang tua boleh bergantung pada anak-anak bagi sokongan keluarga meskipun anak-anak telah berkahwin," ujar Profesor Tan, yang berkhidmat di Jabatan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).



'Ini penting dalam masyarakat yang menua seperti di Singapura."




"Sebagai contoh, hasil tinjauan menunjukkan hubungan antara keluarga kekal kukuh dengan anak-anak kerap mengunjungai orang tua dan orang tua boleh bergantung pada anak-anak bagi sokongan keluarga meskipun anak-anak telah berkahwin... Ini penting dalam masyarakat yang menua seperti di Singapura."
- Pengerusi panel penasihat penyelidikan HDB, Profesor Madya Tan Ern Ser.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >