Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk flat sewa di Woodlands boleh dapat keperluan di gerai masyarakat baru

Jan 30, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 280 penduduk di flat sewa Woodlands berpeluang 'membeli belah' di gerai masyarakat bagi keperluan mereka dalam satu inisiatif baru yang dikendalikan di bawah program WeCare@North West-Service Weeks.



Pada tahun-tahun sebelumnya, pek habuan perayaan biasanya dihantar ke rumah penduduk oleh sukarelawan, namun kali ini mereka dapat memilih sendiri 12 produk pilihan mereka.



Perubahan pada inisiatif tersebut merupakan hasil kerjasama antara CDC North West dan Pertubuhan Akar Umbi Woodlands dan bertujuan memudahkan penduduk yang berpeluang memilih daripada pelbagai pilihan produk makanan yang ditawarkan di 'mini mart' tersebut yang terletak di Blk 852 Woodlands St 83.



Selain memilih daripada 12 bahan makanan, penduduk juga diberikan tiga jenis produk vitamin yang ditaja rakan kongsi korporat CDC itu, Guardian.



Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar, yang juga penasihat akar umbi kawasan tersebut telah menyertai usaha pengagihan itu semalam.



Menurut Cik Mariam, memberi peluang kepada penduduk untuk memilih produk makanan yang diperlukan bagi pek habuan tersebut dapat mengurangkan pembaziran.



"Kadangkala, apabila kita agihkan pek habuan makanan, terdapat produk yang mungkin tidak sesuai atau tidak boleh dimakan oleh penerima, dan ini mungkin boleh mengakibatkan pembaziran.



"Untuk itu kami berbesar hati dapat memberikan peluang kepada penduduk membuat pilihan mereka sendiri tahun ini," kata Cik Mariam.



Tambahnya, semasa musim perayaan ini biasanya orang ramai mempunyai keperluan yang lebih dan inisiatif ini diharap dapat membantu memenuhi keperluan mereka dengan lebih baik.



Sekitar 15 sukarelawan CDC North West telah membantu usaha pengagihan itu semalam dalam pelbagai peranan, termasuk untuk membantu penduduk memilih daripada senarai produk makanan yang ditawarkan.



"Inisiatif ini juga memberi peluang kepada sukarelawan untuk memainkan peranan berbeza, berbanding hanya menghantar pek habuan dari rumah ke rumah.



"Kini mereka berpeluang untuk menjaga kaunter, menambah stok makanan di gerai dan juga untuk mendekati penduduk," kata Cik Mariam.



Salah seorang penduduk yang meraih bantuan daripada inisiatif tersebut adalah Encik Azman Endi, 42 tahun.



"Melalui bantuan ini sekurang-kurangnya keperluan barangan rumah kami boleh dipenuhi.



"Memang kami gembira kali ini dapat memilih sendiri bahan makanan, kerana ada kalanya produk yang diberikan kepada kami terbuang kalau tak dimakan, atau ada lebih daripada yang diperlukan di rumah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >