Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk Geylang Serai timba ilmu agar sedia hadapi kecemasan

Jul 02, 2022 | 08:15 PM



Sekitar 400 penduduk di Geylang Serai telah berpeluang menimba kemahiran dalam usaha menyelamatkan nyawa sewaktu keadaan kecemasan pagi tadi (2 Julai).  



Ini menyusuli pelancaran Pelekat Persediaan Menghadapi Kecemasan (EP) oleh Jawatankuasa Kecemasan dan Pendekatan Masyarakat Geylang Serai (C2E), sempena Hari Daya Ketahanan Masyarakat Geylang Serai. 



Menurut kenyataan C2E, acara itu bertujuan mendidik dan mengajar masyarakat tentang kemahiran menyelamat nyawa sewaktu masa kecemasan. 



Ini termasuk langkah memadamkan api kebakaran, Kemahiran Pertolongan Kecemasan yang diperbaharui (IFAS) dan paling penting, mempelajari tentang keselamatan kebakaran di rumah. 



Menjelaskan lebih lanjut, Mayor South East yang juga penasihat kepada GRC Marine Parade, Encik Mohd Fahmi Aliman, yang menghoskan acara pelancaran itu berkata:



“Saya amat teruja melihat begitu ramai penduduk yang menyaksikan pelancaran pelekat EP.



“Saya percaya bahawa pengalaman secara amali bagi memadamkan api dan menyelamatkan nyawa telah memberi manfaat kepada semua orang.”



Lantaran itu, beliau berharap untuk melihat lebih ramai penduduk menyertainya dan mendapatkan latihan agar mereka bersedia dalam kecemasan.



“Kami amat gembira melihat ramai penduduk dari semua latar belakang berganding bahu untuk belajar kemahiran menyelamatkan nyawa, malah ada yang mendaftar menjadi sukarelawan Pasukan Respons Kecemasan Masyarakat (CERT). 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >