Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk Hougang mula jalani ujian swab

Ini setelah berapa penduduk di Blok 506 Hougang didapati positif Covid-19
May 22, 2021 | 05:30 AM



GEMENTAR dan terperanjat.



Itulah perasaan kebanyakan penduduk Blok 506 Hougang Avenue 8 apabila mendapat tahu bahawa mereka perlu jalani ujian swab yang wajib setelah beberapa penduduk di blok setinggi 12 tingkat itu diuji positif Covid-19.



Antara penduduk yang ditemubual wartawan Berita Harian semalam di blok itu ialah Cik Nurmedina Mohd Azni, 29 tahun, yang meluahkan bahawa beliau serta keluarganya berasa gementar apabila melihat ambulans kelmarin di persekitaran flatnya.



"Kami terima SMS pada pagi Jumaat (semalam) untuk jalani ujian swab.



"Sebelum ini, kami memang sudah mendapat tahu bahawa terdapat beberapa orang di blok ini yang dijangkiti virus tersebut dan satu blok telah dibersihkan.



"Jadi, kami sudah jangkakan bahawa ini akan berlaku. Inilah kali pertama saya jalani swab. Saya faham bahawa ini adalah penting untuk keselamatan semua,' jelas pegawai awam yang tinggal bersama keluarganya seramai tujuh orang.



Ini merupakan kali pertama semua penduduk di sebuah blok akan menjalani ujian Covid-19 yang wajib sebagai langkah berjaga-jaga.



Ujian swab itu dijalankan semalam dan hari ini di kolong blok itu.



Salah seorang penduduk di blok itu yang tidak mahu identitinya didedahkan ditemui bersama suaminya.



Beliau berasa terperanjat dan menerima panggilan telefon dari penyelianya yang memaklumkan berita tersebut.



"Supervisor saya semalam dah telefon dan memberitahu bahawa tidak perlu datang ke kerja esok," katanya yang bertugas sebagai pengendali pengeluaran di Ang Mo Kio.



"Kami sudah dapat tahu harus jalani ujian swab ini apabila membaca berita. Supervisor pun ada nasihat untuk ke doktor syarikat tapi sekarang dah ada ujian ni," ujarnya yang berkongsi ini adalah kali pertama beliau jalani swab dan berkata beliau tidak berasa begitu selesa namun faham bahawa ia langkah yang lebih baik untuk berhati-hati.



Pasangan suami isteri itu difahami sudah mengambil vaksin.



Satu lagi pasangan, yang hanya dikenali sebagai Encik Ghani dan isteri, berkata mereka berdua berasa gementar dan terperanjat untuk menjalani ujian swab ini memandangkan ini kali pertama mereka melakukannya.



"Sebelum menjalani swab, gementar juga la tetapi selepas sudah selesai, Alhamdulillah," ujar isterinya.



Ujian swab dijadualkan semalam dari 1 petang hingga 8 malam dan hari ini pada 9 pagi hingga 4 petang untuk kesemua 116 isi rumah di blok itu, sebagai langkah berjaga-jaga, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).



Ini merupakan blok yang kedua dimana penduduk harus jalani ujian swab.



Sebelum ini, MOH telah jalankan ujian swab bagi 58 isi rumah di Tampines.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >