Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Penduduk Kallang boleh manfaat pelbagai khidmat di poliklinik baru

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Penduduk Kallang boleh manfaat pelbagai khidmat di poliklinik baru

May 08, 2022 | 05:30 AM

PENDUDUK Kallang kini boleh menerima manfaat daripada pelbagai khidmat penjagaan kesihatan yang ditawar sebuah poliklinik di kejiranan mereka yang baru dibuka secara rasmi semalam.

Poliklinik Kallang, yang berkongsi premis dengan Hospital Kwong Wai Shiu di Serangoon Road, terletak sekitar lima minit dari Stesen MRT Boon Keng dengan berjalan kaki, dijangka boleh menawarkan khidmat kepada sebanyak 1,000 pesakit setiap hari.

Poliklinik tersebut yang telah beroperasi sejak Oktober 2021 dibuka secara rasmi semalam oleh Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.

Dalam ucapannya, beliau berkata: "Ini merupakan poliklinik ke-22 kami dan ia adalah antara tiga poliklinik terbaru yang dibuka pada tahun lalu.

"Dengan poliklinik terbaru ini kami telah melangkah ke hadapan, menuju lebih dekat kepada sasaran kami untuk mempunyai sebanyak 32 poliklinik (di Singapura) menjelang 2030," kata Encik Ong.

Antara lain, Poliklinik National Healthcare Group (NHG) itu menawarkan khidmat penjagaan kesihatan menyeluruh yang merangkumi kerjasama dengan rakan masyarakat bagi beberapa khidmat tertentu serta poliklinik NHG pertama yang mempunyai sebuah sistem pengurusan vaksin automatik.

Laporan lanjut: Poliklinik Kallang tawar sistem urus vaksin automatik

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3