Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk kondo yang maki pengawal keselamatan meminta maaf

Oct 31, 2019 | 11:48 AM



PENGHUNI kondominium yang memaki pengawal keselamatan yang bertugas telah "meminta maaf banyak kali" kepadanya semasa satu mesyuarat tertutup yang berlangsung selama sejam semalam (30 Oktober).



Encik Erramalli Ramesh, yang menetap di kondominium Eight Riversuites itu, kesal akan perbuatannya apabila bertemu dengan pengawal keselamatan kanan, Encik Steven Heng, kata ketua persatuan industri keselamatan yang turut hadir di mesyuarat itu.



Dalam satu pos di Facebook, Setiausaha Kehormat Persatuan Agensi Keselamatan Bertauliah (ACSA), Encik Gary Haris menambah bahawa Encik Ramesh, 44 tahun, telah mengenali Encik Heng "cukup baik”, malah memanggilnya "Uncle Steven (Pak cik Steven)".



Mereka pernah beramah mesra apabila bertemu di sekitar kondominium itu, katanya.



Menurut laporan The Straits Times, Encik Haris menulis pos Facebooknya sejurus selepas mesyuarat itu berakhir dan mendedahkan bahawa kedua-dua pihak telah saling memaafi dan melupakan insiden tersebut.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) malam semalam, ia menyatakan polis sedang menyiasat laporan yang dibuat terhadap Encik Ramesh atas kesalahan menyebabkan gangguan kepada pengawal keselamatan yang bertugas di kondominium tersebut dengan sengaja. 



Polis memandang serius sebarang tingkah laku kasar terhadap pegawai keselamatan yang sedang menjalankan tugas.

 

Encik Ramesh mendirikan rumahtangga dengan warga Singapura. Beliau memperoleh kewarganegaraan Singapura atas tajaan isterinya di bawah skim hubungan keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >