Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KERTAS PUTIH GALAK WARGA LEBIH PROAKTIF JAGA KESIHATAN

Penduduk lebih terhubung kepada pelbagai kegiatan dengan strategi SG Lebih Sihat

Sep 22, 2022 | 05:30 AM



STRATEGI SG Lebih Sihat akan memudahkan penduduk untuk berhubung kepada pelbagai kegiatan yang dapat menyokong mereka menjalani kehidupan lebih sihat seperti aerobik, berjalan pantas, permainan bola, berkebun dan kelas memasak.



Ini bagi memenuhi preskripsi sosial yang diberikan doktor keluarga dan merupakan rujukan kepada perkhidmatan dan aset masyarakat bagi memperbaiki kesejahteraan sosial, mental dan fizikal pesakit.



Kementerian Kesihatan (MOH) dalam Kertas Putih mengenai SG Lebih Sihat berkata kelompok penjagaan kesihatan dan pelbagai agensi seperti Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), Persatuan Rakyat (PA) dan Sport Singapore (SportSG) akan bekerjasama untuk meningkatkan lagi kepelbagaian dan aksesibiliti kegiatan yang menggalak kehidupan lebih sihat.



Kegiatan itu akan menyokong penduduk dalam perjalanan hidup sihat mereka dan mematuhi rancangan kesihatan yang mereka bangunkan bersama doktor keluarga mereka.



Penduduk dengan risiko klinikal lebih tinggi akan dapat mengambil bahagian dalam program berstruktur seperti pengurusan berat badan atau program berhenti merokok di bawah bimbingan karyawan penjagaan kesihatan.



MOH berkata tiga aspek akan menyumbang ke arah kejayaan preskripsi sosial dalam mempertingkatkan kesihatan penduduk iaitu penganjur masyarakat utama, alat-alat digital dan rakan kongsi penjagaan jangka panjang dan pertengahan (ILTC).



Di bawah SG Lebih Sihat, kelompok penjagaan kesihatan sebagai pengurus kesihatan serantau akan secara aktif menyelaras dan memantau kerjasama dengan agensi seperti dengan HPB, SportSG dan PA, serta kegiatan yang dijalankan untuk penduduk.



Lama kelamaan, mereka akan mengumpul lebih banyak data dan membangunkan pemahaman lebih mendalam tentang keperluan kesihatan dan sosial penduduk dalam kelompok mereka.



Teknologi digital juga akan dimanfaatkan untuk menyokong penduduk dalam usaha mereka menjaga kesihatan.



Aplikasi kesihatan, Healthy 365, yang kini digunakan secara kerap oleh sekitar 700,000 penduduk, akan dipertingkat bagi membolehkan pengguna menjejak data gaya hidup seperti kiraan langkah, tempoh kegiatan fizikal, pemakanan dan mutu tidur. Maklumat itu kemudian boleh dikongsi dengan doktor keluarga mereka.



Aplikasi itu juga boleh menghubungkan pengguna kepada lebih banyak program kesihatan yang dianjurkan.



Sementara itu, rakan kongsi ILTC seperti rumah penjagaan dan hospis pula akan bekerjasama dengan doktor keluarga dan kelompok penjagaan kesihatan untuk menghasilkan program yang dapat memberi lebih manfaat kepada warga emas.



Rangkaian pusat penjagaan warga emas (EC) pula akan diperluas agar dapat menawarkan kegiatan dan perkhidmatan dalam masyarakat kepada lebih ramai orang tua.



Di bawah SG Lebih Sihat, EC juga akan berkhidmat sebagai penghubung masyarakat bagi warga emas, untuk membantu mereka melakukan perubahan gaya hidup seperti yang disarankan oleh doktor keluarga mereka.



EC juga akan menawarkan pemantauan tanda vital berasaskan masyarakat, seperti tekanan darah, yang warga emas boleh manfaatkan antara lawatan ke doktor.



Kelompok penjagaan kesihatan juga akan memanfaatkan ruang fizikal EC untuk menjalankan inisiatif kesihatan lain seperti perancangan akhir hayat, pemeriksaan kesihatan asas bagi pengesanan awal risiko demensia dan acara kesihatan masyarakat lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >