Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk Nee Soon dapat nikmati kejiranan lebih terhubung dengan berbasikal

Laluan basikal di GRC Nee Soon ditambah 10 kilometer dan kini sepanjang 16.5 kilometer
Aug 26, 2021 | 05:30 AM



PENDUDUK Nee Soon kini dapat menikmati kawasan kejiranan yang lebih terhubung dengan bandar dan pada masa yang sama menjalani gaya hidup lebih mampan, dengan berbasikal.



Ini setelah laluan basikal di kejiranan GRC Nee Soon itu ditambah 10 kilometer, menjadikannya sepanjang 16.5 kilometer.



Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam, yang juga penasihat akar umbi GRC Nee Soon, telah meneroka laluan berbasikal itu baru-baru ini bersama-sama dengan lain-lain penasihat akar umbi GRC itu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Encik Louis Ng, Encik Derrick Goh dan Cik Carrie Tan.



Laluan basikal yang meliputi Yishun Ring Road dan Yishun Avenue 9, bermula dari Blok 627, Yishun Street 61 dan berakhir di Kelab Masyarakat (CC) Nee Soon East - lima minit perjalanan dari stesen MRT Yishun dan Hab Pengangkutan Bersepadu Yishun.



Laluan itu sepanjang 4 kilometer dan perjalanannya dianggarkan mengambil masa sekitar 40 minit.



Laluan itu juga akan melintasi lapan kemudahan utama seperti Wisteria Mall, Pusat Penjaja Taman Yishun, Taman Yishun, Blok 414, Yishun Mall, Penghubung Taman Khatib Bongsu, Taman Yishun Nature@Greenwalk, Pusat Beli-belah Junction 9 dan Poliklinik Yishun.



Dengan lebih 26 kilometer laluan basikal, ia bermakna penduduk kini boleh berbasikal di sekitar kejiranan itu dengan cara lebih selamat menjelang pembinaan laluan berbasikal penuh pada 2023.



Kemudahan awam seperti sekolah, pusat beli-belah, kemudahan sukan dan taman dapat diakses dengan mudah melalui rangkaian laluan basikal yang luas ini.



Keselamatan penunggang basikal dan pejalan kaki juga ditingkatkan dengan ciri keselamatan seperti lintasan khas di jalan raya untuk penunggang basikal.



Laluan basikal itu mempunyai petanda-petanda di kaki lima bagi memberi visual yang jelas untuk menunggu dan melintas di kawasan jalan raya bagi penunggang basikal dan pejalan kaki.



Rangkaian laluan basikal yang lebih terhubung itu juga sejajar dengan matlamat Pelan Menghijau Singapura menerusi Kehidupan Kemampanan.



Di bawah pelan itu, Singapura meletakkan matlamat agar 75 peratus perjalanan, pada masa sibuk, dilakukan dengan menggunakan pengangkutan awam, selain meningkatkan rangkaian laluan basikal ke 1,300 kilometer menjelang 2030 iaitu tiga kali ganda jumlah sekarang.



Sementara itu, Kelab Masyarakat Nee Soon South, yang masih menjalani kerja-kerja peningkatan, akan menjadi CC pertama di Singapura untuk menjadi bangunan tenaga sifar.



Pengembangan Taman Alam Khatib Bongsu seluas 40 hektar juga melibatkan usaha bersama anggota akar umbi, pendidik, pelajar dan penduduk.



"Awal tahun ini, saya serta rakan-rakan Anggota Parlimen telah berkayak ke Pulau Seletar di mana kami mengutip sebanyak 381 kilogram sampah dalam masa sejam.



"Hari ini, kami meneroka laluan basikal di kawasan GRC ini," kata Encik Shanmugam.



"Kami melakukan ini untuk meningkatkan kesedaran dan mendorong orang lain agar lebih peka terhadap alam sekitar.



"Untuk meninggalkan kesan yang lebih besar, kami harap masyarakat dapat bersama-sama membantu dalam usaha penyelesaian dalam membina bandar yang lebih mampan," ujar beliau.




"Awal tahun ini, saya serta rakan-rakan Anggota Parlimen telah berkayak ke Pulau Seletar di mana kami mengutip sebanyak 381 kilogram sampah dalam masa sejam.

Hari ini, kami meneroka laluan basikal di kejiranan GRC ini...

Kami melakukan ini untuk meningkatkan kesedaran dan mendorong orang lain agar lebih peka terhadap alam sekitar.

Untuk meninggalkan kesan yang lebih besar, kami harap masyarakat dapat bersama-sama membantu dalam usaha penyelesaian dalam membina bandar yang lebih mampan."

- Encik K. Shanmugam, Menteri (Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang) yang juga penasihat akar umbi GRC Nee Soon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >