Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:25
Maghrib
7:19
Isyak
8:27
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Penduduk padam api PMD terbakar di Boon Lay

Jul 28, 2019 | 06:13 PM

KURANG dua minggu sebuah unit di Blok 191 Boon Lay Drive habis dijilat api dek kebakaran melibatkan alat mobiliti peribadi (PMD), satu lagi kebakaran serupa dilaporkan semalam.

Api itu berjaya dipadamkan penduduk menggunakan air.

Kali ini, PMD yang sedang dicas di kolong blok itu terbakar, menurut Encik Patrick Tay, Anggota Parlimen (AP) bagi GRC West Coast, dalam satu pos di Facebook.

Beliau memuji usaha penduduk yang terlibat memadamkan kebakaran itu, lapor The Straits Times.

Dalam satu video yang dikongsi, seorang lelaki dilihat mencampakkan sebaldi air bagi memadamkan api sementara dua lagi dilihat mengangkat satu lagi baldi air.

Berita Popular

Encik Tay berkata tiada orang cedera dan tiada unit terjejas oleh kebakaran tersebut.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map