LUWUK (Indonesia): Beberapa penduduk yang panik di sebuah pulau Indonesia yang dilanda gempa bumi, enggan pulang ke rumah selepas gegaran itu mencetuskan amaran tsunami dan menimbulkan kebimbangan lebih banyak lagi gegaran akan berlaku, kata agensi bencana semalam.
Gempa susulan dirasakan di pantai timur Sulawesi - sebuah pulau tempat ribuan terkorban dalam gempa bumi-tsunami tahun lalu - sedang pegawai bergegas untuk menilai sama ada terdapat orang yang terbunuh ataupun cedera, atau kerosakan besar.