Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk Pulau St John's tidak perlu pindah sekarang

Feb 23, 2017 | 05:30 AM



PENDUDUK Pulau St John's (Pulau Sekijang Bendera) boleh terus tinggal di pulau itu dan tidak perlu berpindah keluar.



Demikian menurut jurucakap Penguasa Tanah Singapura (SLA) ketika dihubungi Berita Harian semalam.



Sebelum ini, penduduk di pulau itu dikehendaki meninggalkan pulau tersebut akhir bulan lalu.



Itu disebabkan pertukaran pengurusan pulau itu.



Sebelum ini pulau tersebut berada di bawah Sentosa Development Corporation (SDC), tetapi kini ditadbir SLA.



Tarikh itu kemudiannya dilanjutkan kepada esok.



Kini, penduduk di situ diberitahu bahawa mereka tidak perlu meninggalkan pulau tersebut.



Tiga penduduk yang masih tinggal di sana ialah pasangan suami isteri, Encik Mohd Sulih Sopian, 72 tahun, dan Cik Fauziyah Wakiman, 65 tahun, serta jiran mereka, Encik Supar Saman, 67 tahun.



Mereka menerima berita itu Sabtu lalu.



Seorang jurucakap SLA berkata:



"Cik Fauziyah, Encik Sulih dan Encik Supar hidup dan bekerja di pulau itu selama bertahun-tahun. Mereka menyatakan hasrat mahu terus tinggal di pulau itu.



"Kami menyokong permintaan itu kerana mereka menawarkan diri mahu terus berkhidmat di pulau itu, dan kami sedang berusaha mengadakan perjanjian dengan mereka."



Cik Fauziyah berkata SLA telah membenarkannya tinggal di situ selama setahun lagi.



SLA tidak dapat mengesahkan tempoh lanjutan itu ketika dihubungi Berita Harian semalam.



Menurut SDC, Cik Fauziyah dan Encik Supar yang bertugas sebagai atendan pulau itu masih berada di bawah kontrak pekerjaan SDC. Namun kontrak itu akan tamat pada 28 Februari ini.



Jurucakap SLA pula berkata walaupun penduduk itu akan terus tinggal di situ, mereka tidak akan lagi bertugas di bawah SDC apabila kontrak mereka tamat.



Cik Fauziyah berkata: "Saya, suami dan Encik Supar akan bekerja sebagai sukarelawan di pulau ini.



"Kami perlu jaga keperluan pelawat yang datang ke situ.



"Walaupun kami tidak akan menerima gaji, SLA akan memberikan elaun setiap bulan, yang akan membantu kami membayar bil air dan elektrik."



Ketika ini beliau tidak pasti jumlah elaun yang akan diberikan.



"Saya tidak sangka terus diberi peluang tinggal di sini. Saya bersyukur. Saudara-mara dan adik-beradik saya tumpang gembira," ujarnya.



Encik Supar pula berkata: "Sebelum ini, saya kelam-kabut bungkus barang-barang. Rumah saya kini hampir kosong kerana saya sudah pindahkan barang saya ke tanah besar Singapura."



Laporan lain: Video penduduk Pulau St John's dapat perhatian




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >