Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk Punggol bakal nikmati hab bersepadu pada 2021

Oct 07, 2018 | 03:32 PM





PENDUDUK Punggol bakal menikmati kemudahan dan program baru yang akan ditawarkan di bawah Hab Bandar Punggol yang bakal siap pada 2021. 



Prasarana baru itu termasuk pusat penjaja makanan, perpustakaan, pusat penjagaan kanak-kanak, dan kemudahan penjagaan kesihatan. 



Turut dirangkumkan di bawah hab tersebut termasuk Kelab Masyarakat Punggol Vista yang diperbaharui; tujuh kali saiz kelab masyarakat sedia ada yang dibina di kolong blok. 

Hab tersebut terletak bertentangan dengan pusat beli belah Waterway Point dan di sebelah Pusat Sukan Serantau Punggol. 



Semasa majlis pecah tanah untuk hab tersebut pagi tadi, Dr Janil Puthucheary, Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, berkata hab tersebut direka selepas beliau menemui penduduk dan mendengarkan keperluan mereka. 



Dr Janil, yang juga merupakan Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pengangkutan) berkata bahawa dalam tahun-tahun sebelumnya, penduduk telah berkumpul untuk menyarankan cara untuk menjadikan Punggol kawasan yang lebih baik untuk semua. 



Hab masyarakat dan gaya hidup, yang dikendalikan oleh Persatuan Rakyat (PA), akan mengumpulkan program-program dan khidmat dari pelbagai agensi, untuk memenuhi keperluan lebih 146,000 penduduk di Punggol. 



Apabila selesai dibina, ia akan dihubungkan kepada stesen MRT Punggol melalui taman dan juga kepada Pusat Sukan Serantau Punggol melalui jejantas. 



Laluan berbasikal di sekitar hab tersebut akan digabungkan dengan rangkaian berbasikal yang lebih luas di Punggol. 



Penduduk berkata bahawa hab baru itu, yang menggabungkan pelbagai prasarana di bawah satu bumbung, memudahkan mereka. 



Encik Daryl Tan, 41 tahun, yang bekerja dalam bidang makanan dan minuman, berkata kemudahan hab itu yang pelbagai, seperti pusat penjaja serta perpustakaan, terletak berdekatan dengan mercu tanda seperti Waterway Point. 



“Ini merupakan sesuatu yang sudah beberapa tahun kami nantikan,” katanya. 



Semasa majlis pecah tanah di Punggol Town Square hari ini, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, yang juga merupakan timbalan pengerusi PA, berharap hab baru itu akan mewujudkan identiti masyarakat bagi penduduk di sana. 



Beliau turut berharap penduduk dapat ‘menghidupkan’ lagi hab tersebut. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >