Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Penduduk rumah sewa terima pelbagai sumbangan dalam kempen 'We Care @ North West'

Setempat
27
0

Penduduk rumah sewa terima pelbagai sumbangan dalam kempen 'We Care @ North West'

Feb 08, 2021 | 05:30 AM

SELAMA sebulan lalu, sukarelawan telah berusaha membawa keceriaan kepada penduduk rumah sewa di kawasan daerah barat laut Singapura dengan pengagihan habuan makanan dan barang keperluan harian.

Penduduk menerima sumbangan derma bernilai lebih $385,000, yang merangkumi perkhidmatan pembaikan rumah bagi beberapa orang sebagai sebahagian kempen WeCare @ North West - Service Weeks 2021 yang berakhir semalam.

Inisiatif yang dilaksanakan sejak 2014 ini dikendalikan oleh Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West.

Di tengah-tengah pandemik Covid-19, kempen tahun ini menyaksikan jumlah rekod sukarelawan seramai 1,700 berbanding sekitar 1,600 sukarelawan pada tahun sebelumnya.

Mulai 6 Januari tahun ini, sukarelawan daripada pelbagai sekolah berusaha menyediakan pakej perayaan bernilai sekitar $50, masing-masing mengandungi barangan seperti minuman serbuk, mi segera, mil oat dan makanan tin.

Seramai 20,000 penduduk daripada 6,500 isi rumah menerima pakej itu sepanjang sebulan, bersama dengan sumbangan bernilai lebih $60,000.

Semasa pengagihan terakhirnya semalam, Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung, yang juga penasihat GRC Sembawang, mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu menjayakan kempen itu.

"Ramai, termasuk mereka yang tinggal di estet ini, tidak bernasib baik seperti kita. Mereka memerlukan bantuan, jadi saya sangat gembira CDC North West dapat menjalankan usaha ini," katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3