Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk sekitar Bt Merah View pertingkat langkah berjaga-jaga

Jun 21, 2021 | 05:30 AM



KHUATIR - itulah perasaan penduduk di Blok 119 Bukit Merah View apabila mendapat tahu terdapat 21 kes positif Covid-19 dari sembilan isi rumah yang dijangkiti koronavirus di blok tersebut.



Rata-rata, mereka mula mempertingkatkan langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri sendiri serta keluarga.



Selain penduduk di Blok 119 itu, Blok 116, 117, 118, 124A, 145B, 125 dan 126 Bukit Merah View juga perlu menjalani ujian swab mandatori di tiga tapak sementara yang disediakan.



Antara penduduk yang ditemui Berita Harian (BH) semalam di Blok 119 ialah Cik Habeeba Banu Abdul Karim, 36 tahun, yang meluahkan kebimbangannya kerana mempunyai dua anak kecil berusia tujuh dan lapan tahun.



"Setelah mendapat berita ini, saya mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak keluar rumah tanpa sebab yang mustahak.



"Oleh kerana saya diperlukan untuk ke tempat kerja setiap selang hari, saya juga telah memberitahu tempat kerja yang saya akan mula bekerja dari rumah sehingga keadaan lebih baik.



"Jika perlu membeli barangan apa-apa, saya akan memesan dalam talian untuk dihantar ke rumah sahaja," kata eksekutif penghantaran itu yang kemudian mengongsi bahawa beliau juga berasa khuatir untuk penduduk kawasan itu yang mempunyai ramai warga emas.



Menurutnya juga, proses ujian swab tersebut mengambil masa sekitar sejam dari mula hingga tamat.



Masa beratur berbeza sepanjang hari dan bagi Cik Nur Nabila Muhammad Jamil pula, beliau serta anggota keluarganya tidak perlu menunggu lama untuk menjalani ujian swab kerana slot keluarganya lebih awal.



"Sekarang selepas mendapat tahu jumlah kes di blok ini, sebagai langkah berjaga-jaga, kami pun cuba untuk mengurangkan interaksi dengan orang lain.



"Oleh kerana kami tinggal di tingkat tiga, kami elak menggunakan lif dan guna tangga sahaja," jelas penyelia berusia 22 tahun itu.



Seorang lagi penduduk yang ingin dikenali dengan nama Cik Rosyidah sahaja pula meluahkan rasa terkejut dan tidak menjangka estetnya itu menjadi kelompok kes yang terbesar dengan 70 kes dilaporkan kelmarin yang berkaitan dengan Pasar dan Pusat Makanan 115 Bukit Merah View.



Ujian swab mandatori dijadualkan semalam dan hari ini dari 9 pagi hingga 4 petang bagi tapak sementara di Blok 118A dan 128A Bukit Merah View dan 9 pagi hingga 5 petang bagi tapak sementara di Blok 125A Bukit Merah View.



Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), ujian swab secara sukarela akan dilakukan juga bagi sesiapa yang telah berinteraksi dengan penduduk di blok-blok yang terjejas dari 5 hingga 19 Jun.



Sebelum itu, sekitar 85 penjaja di Blok 116 Bukit Merah View harus menjalani ujian swab pada 14 Jun di tapak sementara di Blok 125A Bukit Merah View.



Ujian swab tidak wajib juga telah dibuka kepada penduduk di kawasan itu sejak 15 Jun setelah Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar, Cik Joan Pereira, memohon kepada MOH agar tapak sementara di Blok 125A itu boleh juga menjalankan ujian swab bagi penduduk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >