Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk sertai kegiatan seni dalam program sosial di 'ruang makan masyarakat' Singapura

Dec 29, 2018 | 03:08 PM



SEBAHAGIAN Pusat Penjaja Ci Yuan di Hougang pagi ini menjadi studio seni di mana kanak-kanak dan segelintir orang dewasa melukis di kanvas dan menghasilkan kraf papier-mache yang menunjukkan hidangan popular setempat.



Ia sebahagian daripada Program Pusat Penjaja Bersemangat Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang dilancarkan Jun lalu bagi menggalak lebih banyak interaksi sosial di 114 "ruang makan masyarakat" serata negara.



Di bawah program tiga tahun itu, kumpulan akar umbi, sekolah dan orang awam memilih sebuah pusat penjaja dan menganjurkan acara bagi menyatukan penduduk.



Mereka dibayar balik sehingga $2,000 bagi setiap acara, dan sehingga $10,000 secara keseluruhan setahun. Sejumlah $42,000 telah diagihkan sejauh ini.



Semasa mengunjungi Pusat Penjaja Ci Yuan hari ini, Menteri Negara Kanan bagi Sekitaran dan Sumber Air, Dr Amy Khor, berkata dana itu telah diberikan kepada 22 penganjur yang mengadakan 64 kegiatan dari persembahan muzik ke permainan di 26 pusat penjaja.



Dr Khor berkata program itu menawarkan "manfaat tiga dalam satu": penganjur dapat menjadikan program atau seni mereka lebih mudah diakses kerana "pusat penjaja menarik orang ramai daripada pelbagai latar belakang", pelanggan dapat menikmati makanan dan menyertai kegiatan yang mungkin baru buat mereka, dan pusat penjaja mungkin melihat lebih banyak kunjungan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >