KORONAVIRUS
Penduduk SG digesa elak keluar negara
90% daripada 25 kes baru Covid-19 kelmarin ialah kes import; pemerintah laksana sekatan sempadan tambahan mulai tengah malam ini
Mar 16, 2020 | 05:30 AM
PENDUDUK Singapura dinasihati menangguhkan semua perjalanan ke luar negara yang tidak penting bagi mengurangkan kes import jangkitan koronavirus Covid-19, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong.
Makluman perjalanan itu akan dilaksanakan selama 30 hari dan akan disemak selepas itu, umum Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan semalam.