SERAMAI 500 warga Siglap dan 350 sukarelawan memperingati 200 tahun Singapura atau Singapore Bicentennial (SB) di Pulau Ubin hari ini dengan mereka peta Singapura yang diperbuat daripada kupu-kupu origami berukuran 3 meter dan setinggi 1.7 meter.
Acara tersebut dihadiri Penasihat Pertubuhan Akar Umbi GRC East Coast Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar) yang telah menyertai penduduk dan turut menyumbang kepada pembikinan kupu-kupu origami di acara tersebut.
Dr Maliki berkata: “Hari ini kami meraikan 200 tahun sejarah Singapura dengan mengimbas kembali 700 tahun sebelum ini. Memang banyak perkara yang boleh kami pelajari dari generasi perintis kami.
“Ini amat bermakna dalam usaha membentuk sejarah baru dengan satu lagi pencapaian dalam Buku Rekod Singapura. Kami berharap penduduk dapat membawa pulang bersama mereka detik-detik penting dalam sejarah yang akan memajukan kita bersama.
“Selain tema SB200, membawa penduduk ke Pulau Ubin merupakan peluang penting untuk kededua generasi muda dan tua untuk mendalami dan mengalami sendiri kehidupan kampung yang juga merupakan sebahagian daripada sejarah Singapura. Kami harap DNA Singapura yang merangkumi kepelbagaian budaya, keterbukaan dan keazaman boleh dirasakan melalui aktiviti-aktiviti yang telah disertai penduduk.”
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul
1/3
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Penduduk Siglap cipta rekod reka peta Singapura paling besar yang diperbuat dari kupu-kupu origami
Jul 07, 2019 | 03:19 PM