Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk S'pura buat kerja sukarela, derma secara tidak formal bertambah

Nov 25, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai penduduk Singapura melakukan kerja kemasyarakatan tidak formal secara sukarela dan menderma kepada inisiatif dari bawah di tengah-tengah pandemik Covid-19. Ini menandakan peralihan minat menyumbang kepada pertubuhan berdaftar mapan.



Meskipun penyertaan dalam kerja sukarela dan jumlah wang yang diderma berkurangan secara keseluruhannya dalam pandemik ini, titik median (tengah) jumlah wang yang diderma naik seganda daripada $100 pada 2018 kepada $200 tahun ini, lapor akhbar The Straits Times.



Itu antara dapatan utama Kajian Sumbangan Individu 2021 yang dikeluarkan Pusat Sukarelawan dan Dermawan Nasional (NVPC) semalam.



Kajian itu dijalankan setiap dua tahun sejak 2000 bagi mengetahui amalan derma dan kerja sukarela penduduk di sini, tetapi tidak dijalankan tahun lalu kerana pandemik ini.



Lebih 2,000 orang menyertai tinjauan itu dan ditanya mengenai amalan derma dan kerja sukarela mereka sepanjang 12 bulan lalu dari April hingga September tahun ini.



Kajian edisi ke-10 itu mendapati pelibatan dalam kegiatan sukarela dan menderma secara tidak rasmi bertambah 11 peratus daripada pada 2018, iaitu kali terakhir kajian tersebut dijalankan.



Sumbangan secara tidak rasmi atau tidak formal dilakukan secara individu atau menerusi inisiatif yang diterajui masyarakat - misalnya menderma wang kepada seorang yang tidak mempunyai tempat berteduh - tanpa melalui sembarang pertubuhan berdaftar seperti badan amal, yayasan atau pertubuhan keagamaan.



Bagaimanapun, secara keseluruhannya, kadar derma berkurangan kepada 60 peratus manakala kadar kesukarelawan turun kepada 22 peratus. Pada 2018, 79 peratus peserta berkata mereka menderma dan 29 peratus melakukan kerja sukarela.



Hampir separuh orang yang sebelum ini melakukan kerja sukarela berkata mereka mengurangkannya disebabkan pandemik Covid-19.



Titik median masa yang disumbang kepada kerja sukarela berkurangan kepada 12 jam tahun ini, berbanding 24 jam tiga tahun lalu.



Walaupun melakukan kerja sukarela secara tetap berkurangan, lebih ramai orang berkata mereka menjadi relawan sekali-sekala, iaitu 73 peratus berbanding 68 peratus pada 2018.



Sebaliknya, mereka yang menderma setiap bulan meningkat lebih tiga kali ganda, iaitu 32 peratus berbanding 12 peratus pada 2018.



Derma secara ad-hoc berkurangan kepada 63 peratus tahun ini daripada 86 peratus pada 2018.



Kebanyakan derma dilakukan di luar talian, tetapi penggunaan saluran dalam talian bertambah 39 peratus. Bilangan responden yang mendaftar bagi kerja sukarela dalam talian juga bertambah 29 peratus.



Sekitar 42 peratus daripada orang yang melakukan kerja itu turut menderma kepada projek amal.



NVPC menyarankan pertubuhan masyarakat menjalin kerjasama dan menjalankan inisiatif hibrid - di luar dan dalam talian - untuk melibatkan penduduk dan mengumpul dana pada masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >