Penduduk S'pura lebih peka tentang bazir makanan: Tinjauan NEA
Dec 24, 2019 | 05:30 AM
PENDUDUK Singapura kini lebih peka tentang pembaziran makanan, dan bertindak untuk mengubah tabiat membeli-belah, memasak, dan menempah makanan, menurut satu tinjauan.
Namun, tinjauan yang ditauliahkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) itu mendapati masih ada pembaziran berlaku, khususnya semasa majlis keramaian dengan empat dalam 10 responden menempah makanan buat lebih ramai tetamu daripada yang dijangka.