Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Penduduk susah boleh pilih barang keperluan melalui aplikasi

Golongan kurang berkemampuan tidak pernah dilupakan. Beberapa organisasi akar umbi saling menyingsing lengan melakukan sedaya upaya bagi menghulurkan bantuan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan.
Apr 13, 2022 | 05:30 AM



KELUARGA kurang bernasib baik di Pasir Ris kini boleh menggunakan aplikasi pesanan dalam talian yang direka oleh sukarelawan untuk memesan pek penjagaan yang mengandungi barangan runcit.



Ini bagi memastikan keluarga itu menerima barangan yang mereka perlukan.



Kaedah prapesanan membantu mengelakkan pembaziran makanan dan mengekalkan inventori rendah, kata Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha, yang meluangkan sedikit masa bersama relawan untuk memberikan pek penjagaan hujung minggu lalu.



"Seringkali, kandungan dalam pek penjagaan diberikan dengan barangan keperluan asas seperti beras, bihun, makanan kering, minyak dan banyak lagi.



"Namun, oleh kerana setiap keluarga memerlukan barangan keperluan yang berlainan, kadangkala mereka tidak gunakan barang yang diberikan.



"Dengan wadah dan cara ini, kami dapat berikan barangan yang khusus kepada keluarga itu menurut apa yang diperlukan.



"Oleh itu, mereka boleh memanfaatkan sepenuhnya pek penjagaan yang diterima dan kami dapat elak pembaziran," ujar Encik Sharael.



Menurut beliau, pihaknya telah mengagihkan lebih 400 pek penjagaan tempahan khas untuk keluarga kurang bernasib baik di Pasir Ris, terutama yang tinggal di blok sewa dan warga emas yang tinggal sendirian.



Menurut Encik Sharael, seramai lima relawan dari Pasir Ris East Care Store mengambil masa sekitar sebulan untuk mereka aplikasi prapesanan tersebut.



Kini, terdapat 25 barangan yang penduduk boleh pilih menerusi aplikasi yang juga merangkumi keperluan rumah, misalnya berus dan ubat gigi, syampu, sabun mandi dan juga sabun basuh.



Setiap keluarga diberikan 25 kredit dan mereka akan memilih barang yang diperlukan mengikut nilai yang diberikan.



"Dengan 25 kredit, setiap isi rumah mungkin dapat memilih hingga tujuh barangan, berdasarkan nilainya," jelas Encik Sharael.



Rangkaian barangan dalam aplikasi itu akan ditambah.



Encik Sharael berkata teknologi sedemikian turut membolehkan pihaknya mengumpul data sekali gus lebih memahami keperluan setiap keluarga.



"Dengan menggunakan analitik data yang diterima, kami boleh memahami corak penggunaan dan kemudian kami boleh menganggarkan keperluan untuk pesanan seterusnya dan mungkin menyediakan diskaun untuk 'pembelian' bagi bilangan yang lebih besar," tambah beliau.



Terdapat juga pilihan makanan yang sudah siap dimasak. Ini kerana terdapat warga emas yang sudah tidak larat memasak, lantas makanan segar, atau makanan yang sudah siap dimasak akan lebih dihargai.



Dengan bantuan relawan dan pasukan dari Free-Food-For-All, mereka kini turut mendapat makanan siap dimakan.



Makanan itu boleh dipanaskan dengan memasukkan pek itu ke dalam air panas atau dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro yang disediakan dalam pengagihan sebelum ini.



"Kami sedang mencuba penyelesaian inovatif ini di blok penduduk warga emas dan blok sewa. Kami sangat teruja kerana akhirnya kami dapat menyediakan lebih daripada sekadar biskut dan bijirin untuk warga emas kami dan mereka boleh menikmati hidangan lengkap pada bila-bila masa sepanjang hari," ujar Encik Sharael.



Pek tersebut termasuk ayam masak merah, ayam mentega, bubur dan banyak lagi.



Selain menyediakan makanan dan pek penjagaan khusus, inisiatif itu juga cara yang baik untuk kalangan relawan mendekati masyarakat yang memerlukan.



"Dengan hubungan yang dibina bersama mereka, kami dapat saling mengenal dan menghulurkan bantuan lanjut, mengetahui keadaan yang mereka hadapi dari segi pekerjaan dan isu kewangan," kata Encik Sharael.




"Seringkali, kandungan dalam pek penjagaan diberikan dengan barangan keperluan asas...



Namun, oleh kerana setiap keluarga memerlukan barangan keperluan yang berlainan, kadangkala mereka tidak gunakan barang yang diberikan.



Dengan wadah dan cara ini, kami dapat berikan barangan yang khusus kepada keluarga itu menurut apa yang diperlukan. Oleh itu, mereka boleh memanfaatkan sepenuhnya pek penjagaan yang diterima dan kami dapat elak pembaziran."
- Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >