Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk Ulu Pandan bakal dapat laluan mudah ke stesen MRT, bas

Oct 06, 2022 | 05:30 AM



PENDUDUK Ulu Pandan akan dapat menikmati akses kepada kemudahan pengangkutan awam lebih baik yang dapat menghubungkan mereka dengan kejiranan dan kawasan lain dengan adanya laluan mudah ke stesen MRT dan bas.



Melalui laluan penghubung serupa jejantas berbumbung, penduduk boleh menuju ke stesen MRT Dover dan dapat berjalan menuju ke perhentian bas di sepanjang Commonwealth Avenue tanpa halangan.



Bagi memastikan penduduk dapat berjalan dengan selamat, laluan kenderaan akan dibina jauh dari laluan pejalan kaki utama.



Kesemua kemudahan ini dinyatakan dalam satu kenyataan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) yang dikeluarkan semalam.



Menurutnya, ia adalah sebahagian daripada usaha pemerintah untuk bergerak ke arah bandar yang lebih mampan dan kurang kereta.



Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) pertama di Ulu Pandan juga akan dilancarkan dalam penjualan pada bulan depan, dan ia akan menjadi kawasan kurang kereta atau car-lite HDB yang pertama.



HDB mengumumkan pada Julai 2021 bahawa ia akan membangunkan bahagian timur Ulu Pandan, dengan projek perumahan awam baru yang akan direka bentuk untuk menjalin unsur hijau dengan unsur biru di kawasan itu.



Reka bentuk bandar yang sensitif terhadap air, termasuk unsur-unsur seperti taman hujan dan bioswale iaitu saliran berumput bio, juga akan disepadukan dengan kawasan perumahan baru.



Menurut pihak berkuasa, pada masa akan datang, tempat letak kereta akan dikurangkan di kawasan berhampiran stesen MRT Dover.



Ini bagi menyediakan lebih banyak ruang bersama untuk masyarakat, laluan pejalan kaki dan berbasikal, taman dan kehijauan.



"Apabila pembangunan perumahan di Ulu Pandan ini selesai, HDB akan terus memantau permintaan bagi tempat letak kereta dan mengubah langkah tempat letak kereta kami, jika perlu," tambahnya.



Kira-kira 6,000 flat HDB akan dibina di tapak Keppel Club di Greater Southern Waterfront, dengan projek BTO pertama akan dilancarkan untuk dijual dalam tempoh tiga tahun.



Di Mount Pleasant pula, HDB akan membina sekitar 5,000 flat dan projek BTO pertama di sana dijangka dilancarkan dalam tempoh lima tahun.



Sementara itu, kira-kira 20 peratus daripada tanah di Tengah akan diperuntukkan bagi kawasan hijau.



Apabila dibangunkan sepenuhnya, kawasan ini akan menyediakan kira-kira 42,000 rumah baru.



Pada masa ini, terdapat 10 kawasan car-lite yang diwartakan.



Ini termasuk Kampong Bugis, Marina South, Daerah Tasik Jurong, Bayshore, Woodlands North, Daerah Inovasi Jurong, one-north, Daerah Digital Punggol, Springleaf dan Woodlands Central.




PERUBAHAN KEPADA TEMPAT LETAK KERETA BERMUSIM



Bagi menggalakkan mod perjalanan yang kurang intensif karbon dan mengutamakan penyediaan tempat letak kereta yang lebih terhad untuk penduduk, HDB akan memperkenal langkah berikut di kawasan 'car-lite':



  • Tempat letak kenderaan bermusim akan dikurangkan dan dihadkan kepada penduduk sahaja, dan akan diutamakan bagi kereta pertama isi rumah penduduk.

  • Penduduk yang membayar tempat letak kereta bermusim untuk kenderaan kedua dan seterusnya akan dikenakan kadar tempat kereta musim Tahap 2 yang lebih tinggi iaitu $190 sebulan. Ini tertakluk pada ketersediaan.

  • Tempat letak kereta jangka pendek untuk pelawat akan kekal tersedia, walaupun dengan lot terhad.

Caj tempat letak kereta boleh diselaraskan berdasarkan permintaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >