SEORANG penduduk Yishun diletakkan di bawah pantauan kerana menganggu ketenteraman jiran-jirannya sehinggakan mereka membina dinding untuk memastikan beliau tidak mendekati rumah mereka.
Tan Siew Ngoh akan ke tingkat atas flat beliau tengah malam untuk membuang air busuk, tuala wanita dan bola-bola tisu di koridor.
Wanita 64 tahun itu, yang tinggal di unit tingkat lima Blok 112 Yishun Ring Road dikenakan pantauan selama enam bulan hari ini.
Dia akui bersalah terhadap lapan tuduhan, termasuk mengganggu ketenteraman dan melakukan perbuatan nakal serta mencuri.
Hakim Daerah May Mesenas mengambil keputusan tersebut dengan mempertimbangkan demensia Tan, dan meletakkannya di bawah pantauan supaya dia boleh mendapatkan bantuan.