Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penerbangan ke Taipei dibatal dek latihan tentera China

Aug 06, 2022 | 05:30 AM



SEOUL: Beberapa syarikat penerbangan membatalkan penerbangan berjadual mereka ke Taipei dan mengalihkan laluan menggunakan ruang angkasa berdekatan, semasa tentera China menjalankan latihan gara-gara lawatan Speaker Dewan Kongres Amerika Syarikat, Cik Nancy Pelosi, ke Taiwan.



China mengerahkan sebilangan pesawat tenteranya dan meluncurkan tembakan peluru berpandu dekat Taiwan kelmarin dalam latihan itu.



Ia latihan tentera terbesar yang pernah dijalankan di Selat Taiwan dan akan berjalan hingga tengah hari esok, di enam zon yang mengelilingi sebahagian besar pulau itu.



Ruang angkasa terjejas itu tidak terlalu luas, tetapi gangguan yang dicetuskan menjejas penerbangan antara Asia Tenggara dan Timur Laut Asia.



Syarikat penerbangan Korea Airlines berkata ia membatalkan penerbangan antara Seoul dan Taipei semalam dan hari ini.



Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) pula membatalkan penerbangan antara Singapura dan Taipei semalam "ekoran perkembangan sekatan ruang udara itu," dan akan terus memantau keadaan sekiranya penyesuaian selanjutnya perlu dibuat.



Syarikat penerbangan Jepun, ANA dan Japan Airlines, masih meneruskan penerbangan ke Taipei seperti biasa, menurut jurucakap syarikat itu. Bagaimanapun, mereka akan mengelakkan ruang angkasa terlibat dan laluan ke Hong Kong serta Asia Tenggara.



Syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific Airways, pula berkata kelmarin penerbangannya dipesongkan dari ruang angkasa zon-zon terlibat sekitar Taiwan.



Langkah itu bermakna masa penerbangan lebih panjang bagi beberapa penerbangan.



Perkhidmatan pemantauan penerbangan FlightRadar24 menunjukkan penerbangan Taiwan, China Airlines dan EVA Airways masih terbang berulang-alik di pulau itu hingga pagi semalam.



Begitu juga dengan penerbangan Philippine Airlines dan pesawat pengangkut kargo FedEx dan United Parcel Service, yang berulang-alik tetapi mengelakkan ruang angkasa yang digunakan bagi latihan tentera itu.



Penerbangan Emirates masih mengekalkan jadual penerbangannya ke Taipei semalam, menurut maklumatnya di lamannya.



Taiwan, bersama China dan Hong Kong, adalah antara destinasi di dunia yang masih menguatkuasakan perintah kuarantin Covid-19 bagi semua ketibaan. Oleh itu permintaan bagi penerbangan ke rantau itu berkurang.



OPSGROUP, sebuah koperatif industri penerbangan yang berkongsi maklumat tentang risiko penerbangan, berkata latihan tentera China itu akan menjejas laluan utama penerbangan antara Asia Tenggara dan Asia Timur.



Ini bermakna penerbangan akan dipesong, menjadi lebih jauh dan menggunakan lebih banyak minyak.



Bagaimanapun, ruang angkasa terlibat tidak banyak memberi kesan terhadap industri penerbangan global, berbanding perubahan laluan di tempat lain, seperti Russia, Ukraine, Afghanistan, Korea Utara, Iraq dan Syria.



Perubahan laluan dari ruang angkasa Russia misalnya mengakibatkan masa penerbangan empat jam lebih panjang antara Finland dan Jepun.



Taiwan berkata kelmarin ia telah merundingkan dengan Jepun dan Filipina supaya mencari laluan alternatif, ujar agensi berita rasmi Central News Agency (CNA). - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >