Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Penerbangan penghormatan 'missing man' tidak diadakan dek hujan

Mar 29, 2015 | 07:25 PM

FORMASI khas 'missing man' atau 'perajurit yang hilang' yang sepatutnya dilakukan pasukan Black Knights Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), tidak dapat dilakukan semasa perarakan jenazah mendiang Encik Lee Kuan Yew, awal tadi.

Empat pesawat F-16C Black Knights sepatutnya melakukan formasi itu sebagai memberi penghormatan kepada mendiang Encik Lee sedang perarakan jenazahnya melintasi Jambatan Esplanade.

Difahamkan jet-jet tersebut melakukan terbang lalu di atas awan, tapi tidak dapat melakukan formasi itu kerana cuaca hujan dan jarak penglihatan yang rendah.

Pesawat-pesawat itu juga mungkin tidak kelihatan oleh orang ramai yang membarisi jambatan itu dalam keadaan cuaca yang hujan.

Sebuah video pesawat Black Knights melakukan formasi itu telah disiarkan dalam media sosial, tetapi ia sebenarnya merupakan rakaman latihan yang berlangsung semalam dan bukan dilakukan semasa perarakan pengebumian negara.

Video selama 28 saat itu yang dimuat naik ke Facebook, mendapat sehingga 2,000 like dan dikongsi hampir 4,000 kali.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3