Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerbangan Qantas dari S'pura ke London buat pendaratan cemas di Azerbaijan kerana masalah teknikal

Dec 23, 2022 | 05:17 PM



PENERBANGAN Qantas dari Singapura ke London telah dilencongkan ke Baku, Azerbaijan, kerana masalah teknikal di kokpit.



Akhbar The Straits Times (ST) melaporkan penerbangan QF1 berlepas dari Terminal 1 Lapangan Terbang Changi pada 12.44 pagi susuli  kelewatan selama 49 minit.



Beberapa penjejak penerbangan dalam talian termasuk laman web Flightradar24 Sweden, berkata pesawat yang menghala ke Heathrow itu mula membunyikan dengan bising “7700” - kod komunikasi untuk kecemasan - sekitar 10.15 pagi (waktu Singapura), dan membuat pusingan U di ruang udara Georgia berhampiran ibu kota Tbilisi.



Pesawat Airbus A380, yang mula beroperasi pada Ogos 2009, kemudian mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev di Baku pada 11.07 pagi.



“Penerbangan kami dari Singapura ke London telah melakukan pendaratan tidak mengikut jadual di lapangan terbang Baku di Azerbaijan selepas juruterbang menerima isyarat kerosakan sementara di kokpit,” kata jurucakap Qantas sebagai menjawab pertanyaan daripada akhbar The Straits Times.



Jurucakap itu kemudian menambah bahawa juruterbang telah dimaklumkan tentang kemungkinan wujud asap berkepulan di ruang simpanan kargo.



Kata jurucakap itu: 

“Walaupun kejadian ini mungkin dianggap sebagai kerosakan penderia, pesawat itu dilencongkan ke Baku sebagai langkah berjaga-jaga keselamatan.



"Siasatan awal tidak menemui sebarang bukti asap di dalam simpanan kargo.”



Cik Ruth Baker, 50 tahun, warga Australia yang menaiki pesawat itu bersama dua anaknya yang berusia 10 dan 12 tahun, memberitahu ST bahawa sekitar 10 jam dalam penerbangan, anaknya terpandang penjejak penerbangan yang menunjukkan bahawa pesawat itu melakukan pusingan 180 darjah.



“Tidak lama selepas itu, kapten mengumumkan bahawa terdapat tanda kebimbangan yang wujud sekali sekala berkenaan dengan ruang kargo itu.



“Kapten tenang dan memberikan maklumat lanjut, meyakinkan kami bahawa kami selamat, tetapi untuk memastikan kami dapat melaksanakan langkah 100 peratus berhati-hati, beliau menyatakan dirinya perlu membawa kami kembali ke Baku,” jelas Cik Baker.



Menurutnya lagi, setelah mendarat, kru pesawat memberikan layanan yang baik manakala kru darat di lapangan terbang Baku sangat mengagumkan.



“Salah seorang daripada mereka memberikan kotnya sendiri kepada anak lelaki saya yang berusia 10 tahun yang keletihan dan sarat dengan pelbagai emosi,” tambahnya.



Menurut maklumat terkini di Facebook yang dicatat Lapangan Terbang Baku, 356 penumpang berada di dalam penerbangan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >