Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerbangan Scoot dari Gold Coast ke Singapura dilencong selepas penumpang bertumbuk

Jan 22, 2019 | 04:59 PM



SATU penerbangan Scoot dari Gold Coast ke Singapura telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Sydney akibat gangguan yang disebabkan seorang penumpang semalam (21 Januari).



Penerbangan TR7 itu dijadual tiba di Singapura pada 3.15 petang semalam namun dilencongkan sekitar sejam setengah selepas ia berlepas dari Gold Coast.



Menerusi satu kenyataan, Scoot berkata seorang penumpang warga Australia telah menumbuk seorang lagi penumpang.



Anak kapal dan beberapa penumpang lain cuba memisahkan dua lelaki itu.



Akhirnya, penumpang itu berjaya ditahan dengan bantuan lima penumpang, menurut syarikat penerbangan itu.



Setibanya di Sydney, penumpang yang menyebabkan kekacauan itu diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan.



Sementara itu, penumpang yang ditumbuknya pula dilaporkan tidak memerlukan rawatan perubatan.



Kesemua penumpang yang terjejas dipindahkan ke penerbangan lain menuju ke Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >