Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerbangan Scoot dari Singapura ke Taipei kekurangan tekanan dalam kabin

Mar 25, 2019 | 12:27 PM



SATU penerbangan Scoot dari Singapura ke Taipei semalam (24 Mac) mengalami kekurangan tekanan dalam kabin semasa pesawat itu sedang menghampiri Lapangan Terbang Taoyuan Taipei.



Akibatnya, topeng oksigen diaktifkan.



Penerbangan TR996 mendarat di Lapangan Terbang Taoyuan Taipei pada 1.15 petang.



Jurucakap Scoot berkata seorang bayi yang menaiki pesawat itu bersama ibunya muntah semasa kejadian itu, lapor akhbar The Straits Times.



Namun tambahnya, tiada kecederaan dilaporkan.



Ekoran kejadian itu, penumpang penerbangan TR997 dari Taipei ke Singapura turut terjejas.



Penerbangan itu sepatutnya berlepas dari Taipei pada 2 petang semalam namun ditunda sehingga sekitar 12.50 pagi tadi.



Jurucakap Scoot berkata penumpang yang terjejas itu telah diberi baucar makanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >