Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerbangan SIA dari London ke S'pura dilencong ke Frankfurt dek masalah tekanan kabin

Nov 26, 2022 | 05:30 AM



PENUMPANG dalam penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang dilencongkan ke Frankfurt kelmarin dijadualkan mendarat di Singapura pada 11 pagi ini melalui penerbangan bantuan.



SQ317, yang beroperasi dari London ke Singapura, telah dilencongkan kerana isu tekanan kabin sebagai langkah berjaga-jaga.



Pesawat Airbus A380 itu mendarat dengan lancar di Lapangan Terbang Frankfurt sekitar 2 petang (waktu tempatan Frankfurt).



Semalam, jurucakap SIA memberi maklumat terkini bahawa pesawat itu kemudiannya dihentikan untuk dibaiki.



Penumpang yang terjejas dibantu dengan penginapan hotel dan makanan.



Sebuah penerbangan bantuan, SQ9326, telah dijadualkan berlepas dari Singapura pada 8 pagi (waktu tempatan) semalam dan tiba di Frankfurt pada 2.25 petang (waktu tempatan Frankfurt).



Penerbangan itu dijangka berlepas dari Frankfurt sebagai SQ9325 pada 3.55 petang (waktu tempatan Frankfurt) dan tiba di Singapura pada 11.05 pagi ini.



Jurucakap itu berkata terdapat 379 penumpang dan 27 anak kapal.



Syarikat penerbangan itu berkata: "Aturan sedang dibuat untuk membantu semua pelanggan.



"SIA dengan tulus ikhlas memohon maaf atas kesulitan yang ditimbulkan.



"Keselamatan pelanggan dan anak kapal kami sentiasa menjadi keutamaan kami."



September lalu, satu penerbangan SIA dari Paris ke Singapura dilencongkan ke Azerbaijan selepas kebocoran minyak dikesan dalam salah satu enjin pesawat Boeing 777 itu.



Terdapat 229 penumpang dan 18 anak kapal dalam penerbangan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >