Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerbangan SIA ke Perth bagi penumpang layak dibatal

Jan 22, 2022 | 05:30 AM



PENERBANGAN yang dikhaskan untuk penumpang yang layak dari Singapura ke Perth telah dibatalkan.



Penerbangan yang telah dirancang pada 5 Februari seperti yang diumumkan sebelum ini tidak akan berlepas, kata Singapore Airlines (SIA) semalam.



Ini mengikuti keputusan pihak berkuasa Australia Barat yang menangguhkan pembukaan semula sempadan negara kerana bimbang akan penyebaran varian Omicron dengan kadar vaksin penggalak yang berkurangan dalam masyarakat mereka.



Perdana Menteri Australia Barat, Encik Mark McGowan, mengumumkan pada lewat kelmarin bahawa ia adalah keputusan "melulu dan tidak bertanggungjawab" jika mereka membuka semula sempadan negara memandangkan penularan pesat Omicron.



Menurut beliau, pembukaan semula akan ditangguhkan sehingga sekurang-kurangnya kadar warga yang menerima dos ketiga vaksin mencapai 80 peratus.



Beliau menambah bahawa pelan pembukaan semula asalnya adalah berdasarkan varian Delta yang kurang penularannya dan bukan Omicron.



Penumpang yang layak termasuk warga negara Australia yang telah divaksin sepenuhnya, penduduk tetap, ahli keluarga terdekat, warga Singapura yang telah divaksin serta pemegang visa yang layak.



Pada Oktober tahun lalu, SIA telah mengumumkan bahawa mereka yang layak boleh menempah penerbangan dari Singapura ke Australia.



"SIA akan tetap berpandukan peraturan Australia Barat, dan kami akan menyesuaikan penerbangan kami dengan sewajarnya.



"Kami ingin memohon maaf kepada pelanggan kami atas sebarang kesulitan yang dihadapi mereka," kata seorang jurucakap.



Pihak SIA turut menyatakan bahawa penerbangan skim Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) dari Perth ke Singapura masih kekal dan tidak terjejas.



Ia akan bermula seperti yang dirancang pada 5 Februari ini.



Di bawah skim VTL, pengembara yang mendapat vaksin sepenuhnya dari Australia seperti warga Singapura, pemastautin tetap, pemegang pas jangka panjang dan warga asing boleh memasuki Singapura tanpa menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).



Namun, mereka harus menjalani ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR).



Penumpang terjejas yang telah menempah tiket dengan SIA boleh menggunakan borang permintaan bantuannya untuk mendapatkan bayaran balik bagi bahagian tiket mereka yang tidak digunakan.



Untuk tempahan yang dibuat melalui agensi pelancongan atau syarikat penerbangan rakan kongsi, mereka boleh menghubungi agensi atau syarikat itu secara langsung.



Bagi yang memerlukan bantuan segera, mereka boleh menghubungi pejabat tempahan SIA tempatan mereka, tambah jurucakap itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >