Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerbangan SIA, Scoot terjejas akibat Taufan Hagibis dekat Jepun

Oct 11, 2019 | 12:52 PM



SEKITAR 10 penerbangan antara Singapura dengan Jepun ditangguh, dan dua lagi penerbangan dibatalkan akibat Taufan Hagibis, yang dijangka melanda Jepun pada Sabtu (12 Oktober), lapor The Straits Times.



Menurut laman syarikat penerbangan Scoot, tiga penerbangannya dari Singapura ke Jepun (TR874, TR894, TR804) pada Sabtu (12 Oktober) ditangguhkan.



Dua penerbangan antara Singapura dengan Taipei (TR996 dan TR997) yang dijadualkan berlepas pada Ahad (13 Oktober) dibatalkan dan penumpang akan dipindahkan kepada penerbangan lain.



Penerbangan Scoot TR805 yang dijadualkan tiba di Singapura dari Osaka diramalkan berlepas dari Jepun pada 9 pagi pada Ahad, berbeza dengan jadual awal pada 7.35 malam pada Sabtu.



Sebagai pampasan kepada penumpang yang terjejas, Scoot telah menawarkan bayaran balik penuh dalam bentuk baucar perjalanan, atau tidak akan mengenakan caj tambahan kepada penumpang yang ingin menempah tiket penerbangan baru tidak melebihi 14 hari daripada tarikh penerbangan yang terjejas. Penerbangan yang baru itu mestilah berasal dan menuju ke destinasi yang sama seperti penerbangan asal.



Bagi syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) pula, enam penerbangannya pada Sabtu telah ditukar tarikh penerbangannya, dengan empat penerbangan  dipercepatkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >