Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerbangan tanpa henti SIA ke Seattle berlepas

Sep 03, 2019 | 07:19 PM



SYARIKAT Singapore Airlines (SIA) telah memperluas perkhidmatan penerbangan tanpa hentinya ke Amerika Syarikat (AS) dengan mengadakan penerbangan pertama dari Singapura ke Seattle pada pagi Selasa (3 September).



SQ28 berlepas dari Lapangan Terbang Changi pada 9.27 pagi pada Selasa dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma pada hari  sama pada jam 9.05 pagi (Waktu AS Pasifik). 



Penerbangan itu mengambil masa sekitar 14 jam dan 40 minit.



Seattle adalah destinasi AS keempat selepas Los Angeles, New York (Newark) dan San Francisco yang mempunyai penerbangan langsung dari Singapura. 



Penerbangan ke Seattle buat masa ini akan dikendalikan tiga kali seminggu, namun jumlahnya bakal dinaikkan menjadi empat kali seminggu pada Oktober - menjadikan sebanayk 31 perkhidmatan mingguan penerbangan tanpa henti Singapura-AS.



"Perkhidmatan Seattle baru ini akan mengukuhkan lagi kedudukan hub Singapura, dengan menyediakan hubungan lebih cepat dan lancar kepada penumpang yang ingin dihubungkan dengan pasaran utama dunia seperti Asia Tenggara, Asia Selatan, Australia dan Amerika Utara," kata SIA dalam satu kenyataan akhbar.



Pesawat Airbus A350-900 yang digunakan dalam penerbangan itu, dilengkapi dengan 42 tempat duduk Kelas Business, 24 tempat duduk Kelas Ekonomi Premium dan 187 tempat duduk Kelas Ekonomi



Menurut SIA, pesawat itu menawarkan "pengalaman penerbangan yang lebih baik dengan ciri-ciri seperti siling yang lebih tinggi, tingkap yang lebih besar, ruang kerusi yang lebih luas, dan lampu kabin yang direka untuk mengurangkan gangguan ritma harian atau jetlag yang mungkin dialami oleh penumpang.



Dari 3 hingga 14 September, penumpang kelas Premium Ekonomi dan Ekonomi dalam penerbangan ke Seattle boleh menikmati akses Wifi 30MB yang membolehkan kiriman pesanan teks percuma.



Kini, di jenis pesawat terpilih, penumpang Suites dan Kelas Pertama menikmati Wi-Fi percuma tanpa had, manakala penumpang Kelas Business, ahli Kelab PPS dan pemegang kad tambahan menikmati Wifi 100MB percuma.



Menurut SIA, penumpang yang berlepas menaiki penerbangan pertama SIA ke Seattle telah menerima beg cendera hati eksklusif yang mengandungi barangan seperti sijil peringatan dan pena batik SIA.



Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma, pesawat itu juga akan disambut dengan meriam air, kata SIA.



Pada 12.15 tengahari pada Selasa, saham SIA didagangkan pada $8.81, naik 0.3 peratus, atau tiga sen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >